PROGRAM KERJA PERSAMPELAN DAN PERBINCANGAN TEKNIKAL INDUSTRI LEMPUNG DI NEGERI PERAK

PROGRAM KERJA PERSAMPELAN DAN PERBINCANGAN TEKNIKAL  INDUSTRI LEMPUNG DI NEGERI PERAK

Pada 25 Mei 2017, satu program kerja persampelan dan bincang teknikal telah dijalankan oleh Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung (CTBL), Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG). CTBL telah menjalankan     kerja mengambil sampel lempung bebola yang diproses di kilang Syarikat Changkat Rembian Mineral Sdn. Bhd. (CRM), di kawasan Bidor dan dalam perjalanan balik singgah di Kilang Lavendar Ceramic Sdn. Bhd, di Batu Gajah untuk berbincang teknikal mengenai kerja-kerja pra-pengkomersilan yang boleh dijalankan di peringkat kilang berkenaan.

CRM adalah syarikat yang menjalankan aktiviti pemprosesan dan pengeluaran lempung bebola setempat untuk dipasarkan di dalam dan di luar negeri. CTBL telah banyak menjalankan penyelidikan menggunakan lempung bebola-lempung bebola yang dikeluarkan oleh syarikat ini. Dengan peluang lawatan dan kerja persampelan ini diharapkan mengeratkan lagi hubungan kerjasama dan membuka peluang mengetahui dan melihat sendiri aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak syarikat.

Syarikat Lavender Ceramic Sdn. Bhd yang terletak di Siputeh, Batu Gajah merupakan salah satu pengeluar barangan seramik yang telah berjaya memasarkan produk-produknya ke peringkat antarabangsa. Syarikat ini banyak menggunakan lempung-lempung dari Negeri Perak dalam menghasilkan produk-produk komersil.

Melalui kerja persampelan dan bincang teknikal yang akan diadakan ini, warga kerja CTBL telah dapat memahami kaedah pengeluaran lempung bebola secara komersil sebelum diedarkan sebagai bahan mentah/mula untuk industri berasaskan lempung.  Di samping itu, dengan bincang teknikal, pihak para penyelidik berupaya mengetahui keperluan  jumlah sebenar bahan jasad yang diperlukan untuk melaksanakan kerja-kerja pra-pengkomersilan di peringkat kilang.


Written by : ezulia