PROGRAM LAWATAN KE MUZIUM ARKEOLOGI, BEKAS TAPAK PELEBURAN BESI DAN MADRASAH NADHIRAH AT-TAQWA LEMBAH BUJANG, SUNGAI PETANI, KEDAH

PROGRAM  LAWATAN KE MUZIUM ARKEOLOGI, BEKAS TAPAK PELEBURAN BESI  DAN MADRASAH NADHIRAH AT-TAQWA LEMBAH BUJANG, SUNGAI PETANI, KEDAH

Lembah Bujang, Sungai Petani, Kedah  28 Januari 2017 (Sabtu). Pusat Penyelidikan Mineral (PPM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menganjurkan satu lawatan ke Muzium Arkeologi, Merbok  dan bekas tapak peleburan Bijih Besi, Sungai Batu.  Dalam masa yang sama pihak AKRAB PPM & Kelab Sukan dan Kebajikan PPM, JMG di bawah program Pelan Integriti Nasional (PIN) turut mengadakan lawatan ke Madrasah Nadhirah Taqwa.  Lawatan dihadiri oleh seramai dua puluh lima orang kakitangan  PPM dan ahli keluarga.

Tujuan lawatan diadakan adalah sebagai pendedahan kepada peserta lawatan kepada artifak-artifak arkeologi yang ditemui melalui kerja-kerja penyelidikan ekskavasi arkeologi di tapak-tapak arkeologi di sekitar kawasan Lembah Bujang dengan keluasan 400km persegi. Artifak Arkeologi tersebut membuktikan bahawa Lembah Bujang merupakan pelabuhan antarabangsa dan pusat perdangangan yang telah dikunjungi oleh pedagang-pedagang yang meguasai jalan perdagangan laut antara negara-negara di timur dan barat terutama pedagang-pedagang China, India, Arab disamping pedagang-pedagang Melayu dari Kepulauan Melayu yang menguasai rempah ratus dan hasil hutan exotika untuk pasaran timur jauh sejak kurun ke 5.   

Lawatan ke bekas tapak peleburan bijih besi telah menunjukkan bukti didapati ialah sisa besi, bahan mentah (hematit dan magnetit), ketulan besi merupai jongkong, juga ditemui 'tuyere', pecahan atau tinggalan relau, abu dan arang pembakaran. Sampel arang telah dihantar ke Makmal Radiokabon untuk ditentukan tarikhnya. Keputusannya sehingga kini menunjukkan Sungai Batu telah dijadikan kawasan industri (lebih 20 tapak yang telah dipetakan) peleburan besi sejak abad pertama Masihi (2000 tahun dahulu) hingga abad 13 Masihi (800 tahun dahulu).

Seterusnya lawatan program PIN ke Madrasah Nadhirotul Takwa pula merupakan program corporate social responsibility (CSR) sebagai hubungan silaturahim antara kakitangan PPM dan pihak Madrasah serta pelajar-pelajarnya.

 

Written by : ezulia