PROGRAM LAWATAN TEKNIKAL DAN PENGAMBILAN SAMPEL DI NORTHERN DOLOMITE SDN BHD, PERLIS

PROGRAM LAWATAN TEKNIKAL DAN PENGAMBILAN SAMPEL DI NORTHERN DOLOMITE SDN BHD, PERLIS

Pada 5 April 2018, satu lawatan teknikal dan aktiviti pengambilan sampel di kuari Northern Dolomite Sdn Bhd, Felda Rimba Mas, Chuping, Perlis telah dianjurkan oleh Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT). Lawatan ini telah diketuai oleh Pn Hamizah Binti Abd Samad dan disertai oleh Penolong Pegawai Penyelidik, Pembantu Penyelidik, Pembantu Awam dan seorang pelajar latihan industri.  Para pegawai CTBT telah disambut sendiri oleh pengarah urusan Northern Dolomit Sdn Bhd iaitu Tn Ruslan Jamaludin dan diberi penerangan yang mendalam mengenai latar belakang kuari, sumber bahan mentah, pemprosesan dolomit dan pelbagai kegunaan dolomit dalam industri pertanian sebagai baja dan bahan mentah untuk pembakaran kaca. Produk akhir dolomit yang dihasilkan oleh kuari ini adalah dalam bentuk serbuk yang dikenali sebagai Ground Magnesium Limestone (GML).

Pegawai CTBT yang pertama kali menyertai lawatan sebegini begitu teruja kerana telah melihat sendiri bagaimana pemprosesan batuan dolomit dijalankan di kuari. Ini telah memberi pengalaman dan pengetahuan baru buat pegawai CTBT disamping dapat menambah idea kepada penyelidikan yang sedang dijalankan dalam penghasilan marmar sintetik. Pihak CTBT mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan Northern Dolomite Sdn Bhd yang telah memberi keizinan untuk lawatan ini dan moga hubungan baik ini dapat diteruskan untuk masa akan datang.

Written by : ezulia