4 Mac 2014 - Seramai tiga puluh lima (35) ahli-ahli Kelab Sukan & Kebajikan (KSK), Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah mengadakan lawatan ke Madrasah Ad-Diniah Al-Latiffiah atau dikenali dengan nama Pondok Pakteh pada 4 Mac 2014 sebagai salah satu program Pelan Integriti Nasional (PIN). Tujuan lawatan adalah untuk member peluang kepada ahli-ahli Kelab KSK PPM melihat sendiri tentang perjalanan pengajian dan juga kehidupan para pelajar di Madrasah Ad-Diniah Al-Latiffiah.
Secara ringkasnya madrasah tersebu merupakan salah satu pusat pendidikan agama berasaskan pondok di Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan. Pondok Pakteh diambil nama sempena dengan nama tuan guru Abdul Latif. Madrasah Ad-Diniah Al-Latiffiah ini telah ditubuhkan sejak tahun 1967. Sistem pengajian masih dikekalkan cara menadah kitab umum (pelajar duduk berhadapan dengan tuan guru) kitab-kitab yang digunakan adalah kitab-kitab turas atau dipanggil kitab kuning yang mashyur hasil karangan ulama' – ulama' terkemuka. Pengajian disini meliputi ilmu tauhid, tassawuf, feqah, hadis, tafsir dan segala ilmu cabang agama. Jumlah pelajar adalah seramai tiga ratus orang yang terdiri daripada 230 pelajar lelaki dan 70 orang pelajar perempuan.
http://blog.jmg.gov.my/pusat-penyelidikan-mineral/program-pin-ke-madrasah-ad-diniah-al-latiffiah-anjuran-kskppm#sigProId29d9dce550