SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-62 BAGI TAHUN 2019 PERINGKAT PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-62 BAGI TAHUN 2019 PERINGKAT PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 29 Ogos 2019. Pada 31 Ogos setiap tahun, negara kita akan menyambut ulangtahun hari kemerdekaannya. Pada tahun 2019, sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-62, Jawatankuasa Sambutan Kemerdekaan di Pusat Penyelidikan Mineral telah menganjurkan beberapa aktiviti yang menarik seperti pertandingan mewarna, pertandingan gambar #wefie bertemakan “Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih”, tayangan filem pendek, deklamasi sajak/puisi kemerdekaan dan kuiz minda merdeka.

Semua aktiviti ini telah berjaya dijalankan oleh semua kakitangan di PPM sebagai menghayati dan memupuk semangat cintakan negara, menguatkan lagi perpaduan dikalangan warga PPM tanpa mengira agama, kaum dan bangsa.

Written by : ezulia