๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐ž๐ฅ ๐๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ญ๐š๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐œ๐ž๐ฆ๐š๐ซ๐š๐ง ๐”๐๐š๐ซ๐š ๐ƒ๐ข ๐Š๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ

๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐ž๐ฅ ๐๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ญ๐š๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐œ๐ž๐ฆ๐š๐ซ๐š๐ง ๐”๐๐š๐ซ๐š ๐ƒ๐ข ๐Š๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ
LUMUT, 21 JULAI - Pusat Penyelidikan Mineral telah mengadakan Bengkel Pemantauan Pencemaran Udara di Kuari bertempat di The Orient Star Resort, Lumut, Perak.
ย 
Bengkel ini berlangsung selama dua hari dengan pengisian seperti mendedahkan penggunaan peralatan dan perisian terutama kepada pegawai dan kakitangan PPM dan JMG yang terlibat dengan persampelan di kuari-kuari.
ย 
Penceramah bagi bengkel ini adalah Ketua Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian iaitu Dr Hj Izhar Abadi Bin Ibrahim Rais.

๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐ž๐ฅ ๐๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ญ๐š๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐œ๐ž๐ฆ๐š๐ซ๐š๐ง ๐”๐๐š๐ซ๐š ๐ƒ๐ข ๐Š๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ

๐๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ฆ๐ข๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐ ๐ค๐ž๐ฅ ๐๐ž๐ฆ๐š๐ง๐ญ๐š๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ง๐œ๐ž๐ฆ๐š๐ซ๐š๐ง ๐”๐๐š๐ซ๐š ๐ƒ๐ข ๐Š๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ

LUMUT, 21 JULAI - Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Mineral, Dr Nazwin Bt Ahmad telah merasmikan Bengkel Pemantauan Pencemaran Udara Di Kuari yang dianjurkan oleh Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian, Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh Perak.

Bengkel yang berlangsung selama dua hari ini adalah bertujuan bagi memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan PPM dan JMG yang terlibat dengan kerja-kerja persampelan di kuari-kuari.

Semoga dengan adanya bengkel ini dapat membantu dalam melancarkan proses-proses kerja yang melibatkan persampelan di kalangan warga JMG.

FRIM, JMG TANAM POKOK, RASMI PROJEK KERJASAMA

FRIM, JMG TANAM POKOK, RASMI PROJEK KERJASAMA

ย 15 Jun 2022 - FRIM dan Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia - JMG telah mengadakan aktiviti penanaman pokok pada Majlis Perasmian Projek Kerjasama FRIM-JMG di Stesen Ujian Galian (#SUGA), Malim Nawar pada 25 Mei lalu.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Dr Ismail Ibrahim, Ketua Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral JMG. Turut hadir, Dr Mohd Zaki Abdullah, Pengarah Bioteknologi Perhutanan FRIM; Dr Rosdi Koter, Ketua Program Hutan Ladang (HL); serta Dr Ho Wai Mun dan Dasrul Iskandar Darus, Pegawai Penyelidik FRIM.
ย 
Penanaman fasa pertama seluas 0.5 hektar ini melibatkan 256 pokok daripada tiga spesies tempatan iaitu, meranti temak nipis (Shorea roxburghii), kapur borneo (Dryobalanops rappa) dan keruing neram (Dipterocarpus oblongifolius) serta satu spesies eksotik, Eucalyptus hybrid.
ย 
Projek kerjasama ini bertujuan menghijau dan memulihkan kawasan SUGA yang merupakan bekas lombong bijih timah. Selain penanaman pokok, FRIM juga memberikan latihan kepada staf JMG dalam aspek penyediaan tapak tanaman dan penjagaan anak pokok selepas penanaman.
ย 
Staf HL juga menanam 240 pokok ditanam di Stesen Penyelidikan FRIM (SPF) Segamat pada 12 Mei dan 120 pokok di SPF Bidor (25 Mei) bawah projek RMK-12 โ€˜Pemerkasaan Bank Germplasma ke arah Penghasilan Bahan Tanaman Berkualiti dan Berakreditasi untuk Menyokong Industri Perhutanan dan Herba Negara (Fasa 2)โ€™.

Majlis Sambutan Hari Raya Aidifitri Anjuran KSKPPM

Majlis Sambutan Hari Raya Aidifitri Anjuran KSKPPM

Dr Ismail bin Ibrahim dari Cawangan Teknologi Pemprosesan MIneral mewakili Pengarah Kanan PPM, Dr Nazwin merasmikan majlis sambutan Hari Raya Aidifitri anjuran KSKPPM pada hari Rabu 1 Jun 2022 .

Seramai 117 orang ahli kelab PPM yang terlibat dalam menjayakan majlis sambutan ini. Majlis juga turut diraikan oleh beberapa tetamu jemputan VIP termasuklah YBrs. Encik Zamri Bin Ramli, Timbalan Ketua Pengarah (Korporat & Ekonomi Mineral) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Pengerusi kelab JMG Perak diwakili oleh YBrs. En Mat Niza B. Abd Rahman serta Pengarah JMG Perak YBrs. Datoโ€™ Ahmad Zukni B. Ahmad Khalil.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim antara ahli-ahli KSKPPM disamping mensyukuri dalam meraikan Aidilfitri setelah 2 tahun berdepan dengan pandemik Covid-19.

Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 Pusat Penyelidikan Mineral

Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 Pusat Penyelidikan Mineral
Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2021 Pusat Penyelidikan Mineral diadakan pada 1 Jun 2022 (Rabu) bertempat di Dewan Seminar, PPM dirasmikan oleh YBrs. Encik Zamri Bin Ramli, Timbalan Ketua Pengarah (Korporat & Ekonomi Mineral) Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.
ย 
Seramai 9 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang terdiri daripada pelbagai kumpulan sokongan di raikan pada majlis yang gilang gemilang ini.
ย 
Tahniah & Syabas diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2021.