Khidmat Sosial St Nevil Ke Muzium Geologi

  DSC 7229

Syarikat Pelancongan St Nevil Ipoh telah melancarkan kempen khidmat sosial syarikat tersebut dengan mengadakan rombongan dari taska terpilih dadri Kampar untuk melawat tempat-tempat menarik di kawasan Ipoh dan Lenggong. Salah satu tempat yang dituju ialah Muzium Geologi Ipoh. Terdapat lima buah taska yang menyertai rombongan pada kali ini dengan setiap satu taska diwakili antara 10-15 orang murid.

Baca selanjutnya

Kursus Tajwid Pantas Nur Baiti

 IMG 20130610 090919

Tanggal 27 Rejab 1434H bersamaan 6 Jun 2013, satu lagi siri kursus bacaan tajwid Al-Quran telah diadakan di Bangunan Zamrud Bahagian Perkhidmatan Teknikal JMG Ipoh Perak. Diterajui oleh Ustaz Abu Nabil dan dibimbing bacaan oleh Ustaz Hj Radzi Kamarul Hailan Al-Muqri, Juri akademi Al-Quran TV9, Johan Qari Tilawah Al-quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa 2000 dan 2004.

Baca selanjutnya

CERAMAH TEKNIKAL OLEH UTEM

PPM, 3 Jun 2013 – PPM dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah mengadakan satu ceramah teknikal yang bertajuk “Best Formulation and Sintering Optimization of Waste Glass into Glass Ceramic” yang disampaikan oleh  Prof Madya Dr Jariah bt Mohamad Juoi di Dewan Seminar PPM.  Seramai 21 orang kakitangan PPM telah menghadiri ‘Technical Talk’ ini. Tujuan ceramah teknikal ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan perbincangan antara pihak UTeM dan PPM mengenai penyelidikan dalam bidang kaca seramik.

Baca selanjutnya

Program Perluasan & Taskforce SPA JMGKPP BIL.1/2013

ALOR SETAR, 5 Jun 2013 – Satu Program Taskforce Perluasan Sistem Pengurusan Aset (SPA) telah diadakan baru-baru ini bertarikh 3-4 Jun 2013 di Bilik IT, Unit Pengurusan Maklumat, JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang. Program ini telah disertai seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JMG KPP. Program ini juga dikelolakan oleh Unit Pengurusan Maklumat, JMG KPP dengan kerjasama Unit Pengurusan Maklumat & Pentadbiran, JMG Ibu Pejabat.

Baca selanjutnya