IPOH, 16 April 2013 : Pada hari ini telah berlangsung penggambaran untuk program dokumentari terbitan FINAS yang bertajuk Lombong Tinggal. Penggambaran ini telah dibuat oleh Syarikat Artistic Films Productions Sdn. Bhd. dengan bantuan pegawai-pegawai serta kakitangan Bahagian Perkhidmatan Teknikal dan Pusat Penyelidikan Mineral.
Lawatan Kerja Kolaborasi IMR ke PPM
Pada 3 April 2013, PPM telah dikunjungi pelawat dari Institute Medical Research (IMR) seramai lima (5) orang yang diketuai oleh Dr. Mohammad Amir Kamaluddin iaitu Ketua Pusat Penyelidikan Kesihatan dan Alam Sekitar bagi membincangkan beberapa perkara antaranya projek usahasama antara PPM dan IMR yang boleh dijalankan.
Ceramah Kesihatan:Kencing Manis Punca Hidup Menjadi Pahit
Satu ceramah kesihatan telah diadakan di JMG Terengganu pada 1 hb. April 2012 dengan kerjasama pihak Klinik Pakar Permakanan, Diabetis, Foot and Wound Centre. Hospital Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Ceramah yang disampaikan oleh Sister Adibah adalah berkenaan pentingnya aspek penjagaan kaki di samping mengetahui simptom penyakit kencing manis yang boleh dilihat pada kaki. Adalah diharap dengan adanya majlis ilmu seperti ini akan lebih memberi kesedaran kepada semua kakitangan tentang pentingnya gaya hidup sihat yang sepatutnya menjadi amalan seluruh warga JMG.
Ilmuan Arab Pakar Geologi
AT-TIFASYI merupakan seorang ilmuan Arab yang sangat terkenal dalam bidang geologi. Beliau tergolong sebagai salah seorang ilmuan dan pengasas pertama ilmu geologi.
Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil
Satu majlis bacaan yaasin dan tahlil telah diadakan untuk Allahyarham En Yusof bin Ismail yang telah kembali kerahmatullah pada 28hb Disember yang lalu. Beliau pernah berkhidmat di JMG Terengganu sebagai Timbalan Pengarah Sumber Mineral dari tahun 2001 sehingga 2006. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang beriman dan beramal soleh.. amin..