Pakar Geologi, Geosains Sertai DELSEA II

Kuala Terengganu:   Seramai 50 peserta terdiri daripada saintis muda, pakar geologi dan pensyarah bidang geosains menyertai kursus jangka pendek Geologi dan Pengurusan Pantai (DelSEA II) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Kursus selama tiga hari itu dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Penyelaras Geosains Timur dan Asia Tenggara (CCOP), Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG) serta Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) UMT.

Baca selanjutnya

UFILTA R2000 PEOPLE SYSTEM

5 Mac 2013 (Rabu) - Kakitangan jabatan yang terlibat dengan Projek Bantuan Air Luar Bandar (BALB) dan Sumber Air Tanah (SAT) dan daripada Aktiviti Hidrogeologi telah menghadiri ceramah berkenaan produk Ufilta R2000 People System. Ceramah telah disampaikan oleh En. Avinash Gune daripada ASSAR Dagangan Sdn. Bhd. Melalui ceramah ini, para peserta didedahkan kepada unit sistem penapisan yang terbaru.

 

PRODUCT TRAINING FOR THE USE OF DIVER MEASURING EQUIPMENT

Pada 16 dan 17 Januari yang lepas, seramai 18 orang kakitangan jabatan telah menghadiri ceramah Product Training For the Use of Diver Measuring Equipment yang dianjurkan oleh ............... Kursus selama dua hari ini bertujuan untuk mendedahkan kepada peserta tentang sistem penapisan yang beru. Pada hari pertama kursus, para peserta didedahkan  dari segi teori dan pada hari berikutnya, penjelasan secara hands on dilakukan di kawasan lokasi. Lokasi pilihan ialah SK. Raso di Lundu. Pada sesi ini, para peserta berpeluang untuk mengenali sistem penapisan dengan lebih dekat.

PRODUCT TRAINING FOR THE USE OF DIVER MEASURING EQUIPMENT

Seramai 20 orang kakitangan jabatan telah menghadiri kursus Product Training For The Use of Diver Measuring Equipment pada 16 dan 17 Januari 2013. Kursus yang dianjurkan ini memberi pendedahakan kepada para peserta berkenaan sistem penapisan yang terbaru.

Kursus selama 2 hari ini juga telah membawa para peserta ke lokasi luar iaitu SK. Raso, Lundu yang termasuk dalam Projek Bekalan Air Bersih Sekolah Luar bandar sarawak.