Selepas kejayaan dalam kejohanan pertamanya pada 2011 lalu, Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG Johor sekali lagi menganjurkan kejohanan bowling Piala Pengarah JMG Johor. Kejohanan bowling terbuka ini telah dilangsungkan pada 30 September 2012 bertempat di Ampang Superbowl, Pelangi Leisure Mall, Johor Bahru, Johor.
Program Kembara NRE Bersama Media kali ke 7 dan 8 ke Tapak Warisan Geologi Kebangsaan Tanjung Balau
Satu lawatan ke Johor sempena program kembara bersama media kali ke 7 dan 8 telah diadakan pada 13 Oktober yang lepas. Peserta program terdiri daripada wakil jabatan-jabatan di bawah NRE dan beberapa wakil media seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia. Jabatan Mineral dan Geosains Johor sebagai hos (tuan rumah) pada kali ini telah memilih Tapak Warisan Geologi Kebangsaan Tanjung Balau sebagai tempat lawatan.
Perhimpunan Bulanan JMG Johor Bil 9/2012
Perhimpunan bulanan bilangan 9/2012 telah diadakan pada 11 September 2012. Perhimpunan bulanan kali ini diadakan bersekali dengan majlis jamuan hari raya. Pengarah JMG Johor, Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi dalam perutusannya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua warga JMG Johor. Beliau berharap agar sentiasa terjalin semangat kekeluargaan dan mengukuhkan perpaduan dengan adanya budaya ziarah menziarahi. Disamping itu, ianya juga dapat memberi kesempatan untuk bermaaf-maafan dan mengukuhkan persahabatan yang sedia terjalin.
Majlis Persaraan Puan Sarah Bt. Ismail
Tarikh 28 September 2012 menyaksikan JMG Pahang kehilangan seorang lagi kakitangan yang berdedikasi apabila Puan Sarah Bt. Ismail telah menamatkan perkhidmatan atas sebab bersara wajib pada umur 58 tahun. Puan Sarah mula berkhidmat di JMG Pahang sebagai Pembantu Tadbir bermula pada tahun 2009. Untuk meraikan beliau, satu majlis perpisahan telah diadakan di ruang foyer jabatan.
Hari Keluarga JMG Pahang 2012
Meriah dan Penuh Keceriaan. Itulah yang dapat digambarkan suasana Hari Keluarga Jabatan Mineral dan Geosains Pahang yang telah dilangsungkan di Suria Cherating Beach Resort pada 8 - 9 September 2012 yang lalu. Acara ini telah dijalankan dengan jayanya di bawah kelolaan Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Pahang (KESKEPA). Hari keluarga adalah wadah penting dalam memperatkan tali silaturrahim sesama kakitangan dan keluarga, yang berkhidmat di bawah satu jabatan. Justeru itu, acara ini telah menerima sokongan hangat dari semua dan merupakan hari yang ditunggu-tunggu.