Lawatan Japan International Cooperation Agency (JICA)

Lawatan  Japan International Cooperation Agency (JICA)
IPOH, 16 Julai – Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima satu lawatan daripada Japan International Cooperation Agency (JICA). Lawatan ke PPM ini merupakan sebahagian daripada rangka lawatan JICA ke JMG bertujuan meninjau kemajuan penyelidikan REE di Pusat Penyelidikan Mineral.
Lawatan dimulakan dengan sesi perkongsian berkaitan Galeri Penyelidikan PPM oleh Pn. Siti Mazatul Azwa binti Saiyed Mohd. Nurddin, taklimat berkaitan aktiviti R&D&C&I di PPM oleh Cik Norinsafrina binti Mustaffa Kamal dan taklimat berkaitan NR-REE di PPM oleh Tn. Hj. Mohd. Syharir bin Mohd. Rozi, Ketua Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari merangkap Ketua Projek REE di PPM.

Lawatan daripada pihak Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan (BKNP), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ke Perpustakaan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM)

 Lawatan daripada pihak Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan (BKNP), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ke Perpustakaan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM)
IPOH, 11 Julai - Satu lawatan daripada pihak Bahagian Khidmat Nasihat dan Perundingan (BKNP), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ke Perpustakaan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM).
BKNP diwakili oleh En. Mohd Hafiz bin Salim, Pegawai BKNP dan telah disantuni oleh En. Azri bin Zakaria, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat serta Pn. Afifah binti Ramli, Pembantu Pustakawan PPM.
Sepanjang sesi lawatan ini, banyak isu yang telah dibincangkan bersama Perpustakaan PPM terutama dalam prosedur pengendalian bahan yang banyak tetapi mempunyai ruang yang terhad, ruang pengudaraan yang baik supaya bahan tidak mudah rosak, pembaikan bahan yang telah rosak tetapi masih relevan untuk digunakan serta sistem yang digunakan di perpustakaan supaya aktiviti sirkulasi dan pendokumentasian bahan berjalan lancar.
Selepas sesi perbincangan, panduan dan khidmat nasihat yang diberikan, Pegawai dibawa melawat persekitaran perpustakaan, Galeri Pusat Penyelidikan Mineral dan juga Muzium Geologi, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia sebagai penutup lawatan pada jam 12.30 tengah hari.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih di atas kesudian pihak BKNP, PNM meninjau keperluan dan bertanya khabar pada kakitangan yang bertugas di luar.

LAWATAN DELEGASI LEMBAGA PENGARAH DAN ANGGOTA KELSTONE SDN. BHD. KE PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL,

LAWATAN DELEGASI LEMBAGA PENGARAH DAN ANGGOTA KELSTONE SDN. BHD. KE PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL,
IPOH, 12 JULAI – Pusat Penyelidikan Mineral (PPM-JMG) telah menerima lawatan daripada delegasi Lembaga Pengarah dan Anggota Kelstone Sdn. Bhd., Kota Bharu, Kelantan.
Rombongan seramai 21 orang ini diketuai oleh YBhg. Dato' Sr. Hj. Zamri bin Hj. Ismail, Pengarah Eksekutif Kelstone Sdn. Bhd. Kelstone Sdn. Bhd. merupakan anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang bertanggungjawab dalam pembangunan industri mineral di negeri Kelantan.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Dr. Hj. Izhar Abadi bin Ibrahim Rais, Ketua Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian (CTPP). Seterusnya taklimat PPM telah disampaikan oleh Cik Norinsafrina binti Mustaffa Kamal dan taklimat mengenai projek REE telah disampaikan oleh Pn. Roshaida binti Arbain dan Ts. Mohd. Zaid bin Md. Sharif.
Selepas sesi perbicangan, para delegasi telah dibawa melawat ke makmal Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB) untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai batu dimensi.
Seterusnya lawatan diteruskan ke makmal-makmal dan Muzium Geologindi Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT-JMG).

Bengkel Pemotongan Dan Penggilapan Batu

Bengkel Pemotongan Dan Penggilapan Batu
IPOH, 10-11 JULAI - Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan (CTBB) dengan kerjasama Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP) telah menganjurkan Bengkel Pemotongan Dan Penggilapan Batu selama 2 hari bermula 10 Julai hingga 11 Julai 2024. Seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menyertai bengkel ini.
Bengkel Pemotongan dan Penggilapan Batu ini dirancang untuk memberikan peserta pengetahuan teori dan kemahiran praktikal yang diperlukan untuk melakukan kerja-kerja pemotongan dan penggilapan batu dengan baik dan selamat. Bengkel ini merangkumi pelbagai jenis batu seperti granite, marmar, dan batu pasir serta teknik-teknik khusus yang digunakan untuk setiap jenis batu.
Pada hari pertama, bengkel telah dimulakan dengan ucapan pembukaan oleh YBrs. Dr. Rohaya binti Othman, Ketua Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan. Seterusnya, bengkel diteruskan dengan pengenalan mengenai teori berkaitan pemotongan dan penggilapan batu yang disampaikan oleh Pn. Siti Noorzidah binti Mohd Sabri, Pengawai Penyelidik CTBB.
Bengkel kemudiannya diteruskan dengan aktiviti pembelajaran teknik pemotongan batu yang disampaikan oleh En. Hasan bin Ismail. Para peserta diberi peluang untuk melakukan aktiviti pemotongan batu dengan pantauan para pegawai CTBB.
Pada hari kedua, bengkel diteruskan dengan aktiviti pembelajaran teknik penggilapan batu yang disampaikan oleh En. Hasan bin Ismail.

KURSUS PENGURUSAN MEDIA SOSIAL

KURSUS PENGURUSAN MEDIA SOSIAL
KURSUS PENGURUSAN MEDIA SOSIAL
 
Putrajaya, 30 Julai 2024: Hari ini telah berlangsung Kursus Pengurusan Media Sosial anjuran Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES).
 
Kursus bertujuan memberi kefahaman kepada pegawai-pegawai dari jabatan-jabatan di bawah NRES untuk menghasilkan kandungan media sosial yang lebih berkesan.
 
Turut sama dalam kursus ini adalah YB Menteri NRES, Nik Nazmi Nik Ahmad. JMG telah dihadiri oleh Pn. Hasnida Zabidi dari ibu pejabat JMG, En. Mohd Zahar Ibrahim dari BPT dan En. Zawawi bin Mahim dari PPM.
 
Penceramah terdiri dari En. Hilal Azmi, Ketua Media Sosial Astro Awani dan En. Aliff Zakaria, Tik Tok Malaysia.