Lawatan kerja YBhg. Datuk P.Geol. Zamri b. Ramli, Ketua Pengarah JMG ke stesen telemetri air bawah tanah Langkawi

Lawatan Kerja ke Pusat Pembangunan Teknologi Sisa (WASTEC), Nuklear Malaysia
KAJANG, 4 Julai 2024: Hari ini seramai 10 orang pegawai serta kakitangan Cawangan Perkhidmatan Makmal, Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah mengadakan Lawatan Teknikal ke Pusat Pembangunan Sisa (WASTEC), Nuklear Malaysia, Kajang.
Lawatan bertujuan untuk mendapatkan pendedahan dan pengurusan sisa beradioaktif yang digunapakai, prosedur keselamatan dan pengendalian bahan radioaktif
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 7/2024 JMG JHOR
Johor Bahru, 02 Julai 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 07/2024 JMG Johor telah diadakan di bilik Mesyuarat Kuarza Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh Cik Fatimah Tuzaharah binti Kamaludeen diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Taufik bin Rahmat dan bacaan ikrar oleh Encik Mohd Iedil bin Omar. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor, YBrs. Tn Haji Noorazhar bin Ngatimin.
Kursus 'CAPACITY BUILDING OF ENERGY RESOURCES GOVERNANCE INITIATIVE (ERGI)'
NEVADA, 29 Jun 2024: Kursus 'Capasity Building of Energy Resources Governance Initiative (ERGI) telah diadakan di ERGI Academy, University of Nevada, Reno, Nevada, Amerika Syarikat. Seramai enam peserta dari Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) dan Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia telah dipilih untuk menghadiri kursus tersebut. Mereka adalah En. Yusari Basiran (selaku Ketua Delegasi) dan En. Salehuddin Mohamad dari ibu pejabat JMG, En. Muhammad Izani Abu Samah (NRES), En. Mahat Sibun (JMG Perak), En. Mohd Zahar Ibrahim (Bahagian Perkhidmatan Teknikal) dan En. Afiq Apandi Abdul Aziz (Pusat Penyelidikan Mineral).