IPOH, 16 Februari 2024: Makmal seperti biasa menganjurkan sesi perkongsian ilmu yang telah disampaikan oleh pegawai-pegawai serta kakitangan senior. Pada hari ini perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Puan Fahimah Zainul Abidin yang bertajuk Calibration of Volumetric Glassware.
LAWATAN LEMBAGA PEMBANGUNAN TIMAH KE MAKMAL REE
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 3/2024 JMG JOHOR
Johor Bahru, 03 Mac 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 03/2024 JMG Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh Cik Nurun Niswa binti Samsol Bari diikuti dengan bacaan doa oleh En. Aidil Hamka bin Ithnin dan bacaan ikrar oleh En. Muhammad Shazwan Zainie bin Jainal. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor, Tuan Haji Noorazhar bin Ngatimin. Majlis diteruskan dengan Taklimat; Penerangan Program Kebajikan Maksak Malaysia 2024 & Manfaat Khas untuk semua Penjawat Awam dengan Usahasama Maksak Malaysia (Jabatan Perdana Menteri Malaysia) dan penceramah En. Hashrol bin Junaidi bersama Pn. Raihana binti Affandi.
KERJA LAPANGAN HIDROGEOLOGI DI KAWASAN PULAU SIBU DAN PULAU TINGGI , MERSING, JOHOR
Pulau Sibu dan Pulau Tinggi, Mersing, 27 - 29 Februari 2024 – Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Johor (JMG) bersama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan Pejabat Kesihatan Daerah Mersing telah menjalankan satu kerja lapangan hidrogeologi di Klinik Kesihatan Pulau Sibu dan Klinik Kesihatan Pulau Tinggi pada 27 hingga 29 Februari 2024 yang lalu.
SEKALUNG TAHNIAH DAN PENGHARGAAN BUAT PN HANIZA BINTI ZAKRI
SEKALUNG TAHNIAH DAN PENGHARGAAN BUAT PN HANIZA BINTI ZAKRI
PUTRAJAYA, 29 Februari 2024 - Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada Pn Haniza Binti Zakri, Timbalan Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral di Ibu Pejabat Jabatan Mineral & Geosains Malaysia (JMG) diatas kenaikan pangkat sebagai Pengarah JMG Negeri Sembilan/Melaka berkuatkuasa 1 Mac 2024.
Lipat sirih di tapak tangan,
Letak sekapur dalam dupa,
Budi yang baik jadi kenangan,
budi puan kami tak lupa.
Kami warga Cawangan Ekonomi Mineral (CEM) akan sentiasa mendoakan karier yang lebih cemerlang buat puan dan selamat maju jaya di tempat kerja yang baharu. Setiap suka dan tawa riang sudah pasti tidak akan luput dalam memori kami. Begitu juga segala jasa, bakti dan nasihat akan sentiasa tersemat dalam ingatan. Semoga berjumpa lagi kita pada masa akan datang.
Ayam rintik dipinggir hutan,
Nampak dari tepi telaga,
Nama yang baik jadi ingatan,
Seribu tahun terkenang juga.