MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 2/2024 JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 2/2024 JMG JOHOR
Johor Bahru, 06 Februari 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 02/2024 JMG Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh En. Ahmad Fadil b. Ahmad diikuti dengan bacaan doa oleh En. Ahmad Shahril b. Idris dan bacaan ikrar oleh Pn. Marlia bt. Bohari.
Baca selanjutnya

Lawatan Muhibbah dari Pejabat Tanah Daerah (PTD) Kluang, Johor

Lawatan Muhibbah dari Pejabat Tanah Daerah (PTD) Kluang, Johor
IPOH, 5 FEB – Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima Lawatan Muhibbah seramai 30 orang peserta dari Pejabat Tanah Daerah (PTD) Kluang, Johor Darul Ta’zim. Lawatan Muhibbah ini diadakan adalah rentetan daripada kemenangan PPM dalam Anugerah Inovasi Menteri Besar (AIMB) tahun 2023.
PTD Kluang telah mengadakan sesi perkongsian inovasi PPM disamping berminat untuk mendapat maklumat berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab JMG bersama Pentadbiran Tanah. Sesi perkongsian ini disampaikan oleh Yang Berusaha Dr. Nazwin binti Ahmad, Pengarah Kanan Pusat Penyelidikan Mineral, Yang Berusaha En. Mustafa Kamal bin Abdullah, Pentadbir Tanah Daerah Kluang, Yang Berusaha En. Adha Syuraini bin Abdul Ghani, mewakili Pengarah JMG Negeri Perak, dan Yang Berusaha Dr. Rohaya binti Othman, Ketua Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan.
Delegasi PTD Kluang kemudiannya dibawa melawat ke Galeri PPM dan makmal penyelidikan Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan. Di sini, para peserta melihat sendiri inovasi yang telah berjaya memenangi AIMB yang diterangkan oleh Yang Berusaha Dr. Rohaya binti Othman serta pasukannya yang lain.
Selain itu, PTD telah mengadakan lawatan ke Geotapak Lembah Kinta, Kapal Korek Tin Dredge No. 5 (TT5), Tanjung Tualang, Batu Gajah, Perak. Kapal milik Malayan Tin Dredging (MTD) itu pernah menyaksikan warga tempatan bertungkus lumus menggali bijih timah di bawah seliaan Inggeris pada awal kurun ke-20.

Taklimat Tatacara Bagi Pelaksanaan Pangkalan Data Utama (PADU)

Taklimat Tatacara Bagi Pelaksanaan Pangkalan Data Utama (PADU)

IPOH, 1 FEB - Taklimat Tatacara Bagi Pelaksanaan Pangkalan Data Utama (PADU) telah diadakan untuk kakitangan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) hari ini. Taklimat yang disampaikan oleh Ts. Zawawi bin Mahim dan En. Ahmad Firdaus Bin Shamsul Baharin bertujuan memberikan pendedahkan berkaitan tujuan sistem PADU dibangunkan serta tatacara untuk melaksanakannya.

SESI LAWATAN TAPAK DAN PERBINCANGAN HALA TUJU TAMAN NEGARA JOHOR ENDAU – ROMPIN (SELAI)

SESI LAWATAN TAPAK DAN PERBINCANGAN HALA TUJU TAMAN NEGARA JOHOR ENDAU – ROMPIN (SELAI)
Johor Endau-Rompin Selai, 05 Februari 2024 - JMG Johor telah di jemput bagi menghadiri satu lawatan tapak yang telah mengalami perubahan topografi dan kerosakan infrastruktur di sebabkan oleh banjir besar pada bulan Mac 2023 yang lalu. Tujuan diadakan lawatan ini bagi meninjau dan membincangkan hala tuju TNJERS pada masa akan datang. Antara agensi yang terlibat adalah Jabatan Kerja Raya Negeri Johor (JKR), Universiti Tun Hussien Onn Malaysia dan SR Architects Sdn Bhd.
 
Baca selanjutnya

SESI LIBAT URUS MyGEMS JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA

SESI LIBAT URUS MyGEMS JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA
SESI LIBAT URUS MyGEMS JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA
 
Satu sesi libat urus telah diadakan pada hari ini, 6hb bertempat di Pejabat JMG Kelantan. YBrs Encik Zaidi bin Daud telah hadir menyempurnakan sesi yang telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada kakitangan JMG Kelantan. Sesi ini deketuai oleh Dr.Mohammad dalam rangka mendaftar pengguna MyGEMS bagi warga jmg Kelantan.