Sesi pengujian sedang berlangsung pada pagi ini, 27/10/2023 bertempat di Ibu Pejabat JMG Putrajaya.
IQM CONFERENCE AND EXHIBITION 2023 (IQM CONEX 2023)
TAKLIMAT SISTEM MAKLUMAT GEOSPATIAL MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (MYGEMS)
Johor Bahru, 23 Oktober 2023 - Satu taklimat berkenaan Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia (MyGEMS) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Taklimat ini telah disampaikan oleh para pegawai dari Cawangan Pengurusan Maklumat JMG Malaysia yang diketuai oleh Dr. Mohamad bin Abd Manap, Pn. Norhayati binti Mohd Rawi dan En. Suhaimizi bin Yusoff. Taklimat ini bertujuan untuk memberi penerangan dan pendedahan mengenai Sistem Maklumat Geospatial Mineral dan Geosains Malaysia (MyGEMS) yang telah dibangunkan oleh JMG. Di akhir program, warga JMG Johor telah berpeluang berdaftar sebagai pengguna MyGEMS.
Pengujian QuantiQuik Oxalate Test Strips
Ipoh, 25 Oktober 2023: Telah diadakan sesi pengujian QuantiQuik Oxalate Test Strips yang digunakan bagi menentukan kehadiran ion oksalat di dalam sampel Kek REE. Test kit ini juga dapat digunakan untuk membezakan di antara REE Oksalat dengan REE Karbonat.
Pengujian telah dijalankan di Cawangan Perkhidmatan Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal di mana demonstrasi telah ditunjukkan oleh En. Mohd Zahar Ibrahim, Pegawai Geosains Kanan BPT di hadapan ahli-ahli Core Group REE yang diketuai oleh En. Khairul Nazri, JMG Terengganu.
Lanjutan dari demonstrasi ini juga telah diadakan Taklimat Pengurusan Sampel Pendakwaan, bertempat di Bilik Mesyuarat Topaz bagi memberi penerangan mengenai kaedah-kaedah yang digunapakai untuk pengurusan sampel pendakwaan di makmal BPT. Taklimat juga telah disampaikan oleh En. Mohd Zahar Ibrahim.
Program Perkongsian Ilmu: Pengurusan Sisa Kimia Berjadual (ESWIS)
Ipoh, 20.10.2023: Telah diadakan Program Perkongsian Ilmu mengenai Pengurusan Sisa Kimia Berjadual (ESWIS) yang telah disampaikan oleh En. Mohd Fahami Abas, Ketua Unit Batuan dan Air. Program bertujuan untuk menyebarkan maklumat serta membantu untuk melengkapkan bilangan hari berkursus setahun untuk kakitangan makmal BPT. Peserta terdiri dari pegawai-pegawai dan kakitangan Cawangan Perkhidmatan Makmal, BPT.