AKTIVITI GOTONG-ROYONG MAKMAL PEMPROSESAN MINERAL

AKTIVITI GOTONG-ROYONG MAKMAL PEMPROSESAN MINERAL
IPOH 24 OKT - Hasil daripada pemerhatian Audit Dalaman yang lepas, Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM), Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) telah mengadakan aktiviti gotong-royong di Makmal Pemprosesan Mineral.
Satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Hj. Ismail bin Ibrahim, Ketua Cawangan CTPM berkaitan dengan penambahbaikan yang perlu dibuat di makmal pemprosesan mineral, sebelum aktiviti gotong-royong bermula.
Seramai 12 orang warga kerja CTPM telah terlibat dalam menjayakan program pada kali ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah menyusun semula peralatan lama, melabel sampel dan membersihkan kawasan makmal.
Aktiviti gotong-royong ini juga dibuat sebagai persediaan bagi menghadapi Audit Luaran yang dijadualkan pada minggu ke-4 November 2023 akan datang.

PPM FUN WALK AND RUN 2023

PPM FUN WALK AND RUN 2023
IPOH, 23 OKT - Sempena Bulan Sukan Negara 2023, Biro Sukan & Rekreasi Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral telah mengadakan PPM Fun Walk and Run 2023 bertempat di Padang Polo, Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh.
Sebelum acara larian, aktiviti regangan otot dan taklimat ringkas berkaitan dengan program telah dijalankan. Pelepasan larian dimulakan pada 9.10 pagi.
Seramai 74 orang warga PPM telah menyertai program ini dan berjaya membuat 1 - 4 pusingan lengkap Padang Polo iaitu bersamaan dengan 1.3 - 5.2 km.
Selain itu, aktiviti cabutan tiket bertuah juga diadakan bagi memeriahkan lagi program santai ini.
Semoga program sebegini dapat meningkatkan lagi kesedaran tentang kepentingan bersenam bagi mewujudkan masyarakat yang cergas dan aktif khususnya di kalangan warga PPM.