Majlis Taklimat MyGEMS di JMG Negeri Sembilan/Melaka.

Majlis Taklimat MyGEMS di JMG Negeri Sembilan/Melaka.

Majlis Taklimat MyGEMS di JMG Negeri Sembilan/Melaka.

Penyampaian taklimat MyGEMS diketuai oleh wakil Caw.Pengurusan Maklumat Ibu Pejabat, Dr.Mohamamad bin Abd Manap. 

Bank data nasional berbentuk spatial bagi pengurusan semua maklumat geosains dan sumber mineral negara yang komprehensif, bersepadu, mudah dicapai dan dikongsi.

Pembangunan MyGEMS yang komprehensif dan bersepadu merangkumi semua aktiviti utama JMG bagi penghasilan produk geospatial yang mudah dicapai dan dikongsikan selaras piagam pelanggan dan akta yang ditetapkan (Akta Penyiasatan Kajibumi 1974).

Pertandingan Inovasi Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2023

Pertandingan Inovasi Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2023
IPOH, 5 SEPTEMBER - Pada hari ini tiga (3) pasukan inovasi dari Pusat Penyelidikan Mineral telah menyertai sesi pembentangan dan penilaian (viva) projek inovasi bagi Pertandingan Inovasi Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2023 sempena Anugerah Inovasi Negeri Perak Tahun 2023 anjuran Bahagian Korporat, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Perak Darul Ridzuan.
Bagi kategori Anugerah Inovasi Terbuka Negeri Perak, pasukan yang mewakili PPM ialah pasukan EcoTechSilica yang dianggotai oleh Pn. Roshaida binti Arbain, Dr. Hj. Ismail bin Ibrahim, En. Mohd. Idham bin Mustaffar, Costantine bin Joannes, Dr. Tinesha a/p Selvaraj dan En. Anuar bin Othman. Tajuk bagi inovasi mereka ini ialah "Tambah Nilai Pasir Silika dari Pasir Bekas Lombong Bijih Timah".
Manakala sebanyak dua (2) pasukan telah memasuki pertandingan bagi kategori Anugerah Inovasi Lestari Bumi Hijau Negeri Perak (AILBH).
Pasukan ini yang dinamakan REE Team PPM dianggotai oleh En. Mohd. Zaid bin Md. Sharif, Muhammad Afiq Afandi bin Abdul Aziz, Dr Hj Ismail bin Ibrahim, Hj. Malek bin Selamat dan Hj. Mohd. Syahir bin Mohd. Rozi dengan inovasi mereka yang bertajuk "REE-MADE: Rare Earth Element Extraction via Metallic Acid Drainage Treatment System (Sistem Pengekstrakan Unsur Nadir Bumi Melalui Rawatan Saliran Lombong Berasid Metalik)".
Manakala satu lagi pasukan bagi kategori ini ialah pasukan Eureka terdiri daripada Dr. Rohaya binti Othman, Ts. Zawawi bin Mahim, Ts. Dr. Hjh. Emee Marina binti Salleh dan Pn. Siti Noorzidah binti Mohd. Sabri. Tajuk inovasi mereka pula ialah "Inovasi Teknologi Lestari Bumi Hijau Melalui Kitar Semula Sisa Kapur Karbida bagi Penghasilan PCC Sebagai Bahan Pengisi Dalam Pembuatan Cat Komersial".
Seluruh warga PPM mendoakan agar ketiga-tiga pasukan PPM ini dapat memasuki pusingan akhir dan seterusnya meraih kejayaan cemerlang pada peringkat akhir bagi mengharumkan nama PPM-JMG di persada dunia dan memartabatkan dunia penyelidikan dalam industri mineral negara.

Bulan Kesedaran MS ISO 9001:2015

Bulan Kesedaran MS ISO 9001:2015
IPOH, 5 SEPTEMBER – Pada hari ini telah berlangsung acara perasmian bagi program Bulan Kesedaran MS ISO 9001:2015.
Program ini memasuki tahun keempat pelaksanaannya yang dianjurkan oleh Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP).
Program ini bertujuan sebagai satu platform hebahan serta memberi kesedaran kepada semua kakitangan PPM bahawa PPM telah berjaya mendapat pengiktirafan dalam pelaksanaan MS ISO 9001:2015 bagi dua skop perkhidmatan iaitu Ujian Batu Dimensi (UBD) dan Ujian Pemprosesan Mineral (UPM).
Semoga dengan berlangsungnya program ini, semua warga PPM akan mendapat pendedahan secara komprehensif mencakupi segala aspek berkaitan pelaksanaan MS ISO 9001:2015 di PPM.

SESI MELAPOR DIRI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI

SESI MELAPOR DIRI KUMPULAN PENGURUSAN TERTINGGI

Pada tanggal 06 September 2023, Y.Brs. P.Geol. Abdullah b. Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral) dan Y.Bhg. Ir. Dato’ Ahmad Zukni b. Ahmad Khalil, Pengarah Kanan, Bahagian Perkhidmatan Teknikal JMG telah melapor diri pemangkuan kepada Y.Bhg. Datuk P.Geol. Zamri b. Ramli, Ketua Pengarah JMG.

YBhg. Datuk Zamri telah merakamkan ucapan tahniah kepada kedua-duanya. Ini telah secara langsung melengkapkan barisan Kumpulan Pengurusan Tertinggi JMG.

Warga JMG turut mengucapkan tahniah dan semoga JMG terus maju dalam meneraju bidang mineral dan geosains negara ke arah yang lebih cemerlang.

Kursus Asas Pemetaan Geologi

Kursus Asas Pemetaan Geologi

28 & 29 Ogos 2023 (Isnin & Selasa)

Unit Geosains JMG Kelantan telah mengadakan Kursus Asas Pemetaan Geologi pada 28 dan 29 Ogos 20223 (Isnin & Selasa) bertempat di JMG Kelantan dan di lapangan (Bukit Panau, Pasir Mas, Kelantan).

Kursus yang dijalankan ini melibatkan semua Pembantu Geosains JMG Kelantan dan terbuka juga kepada semua kakitangan JMG Kelantan. Kuliah telah disampaikan oleh Dr. Dana AK Badang (Timbalan Pengarah Geosains) dan Cik Atilia binti Bashardin (Pegawai Geosains).

Peserta turut didedahkan kepada Pengenalan kepada Geologi, Mineral dan Batuan, teknik pemetaan dan pemetaan kepelbagaian geologi. Peserta juga berpeluang mengenalpasti jenis-jenis sampel batuan yang terdapat di JMG Kelantan. Akhir kuliah, semua peserta dikehendaki menjawab soalan-soalan kuiz yang disediakan oleh penceramah.

Hari kedua kursus, peserta di bawa ke lapangan, iaitu di Bukit Panau, Pasir Mas, Kelantan untuk menjalani latihan amali. Semua peserta diberi pengenalan yang lebih jelas mengenai jenis batuan yang dijumpai di sekitar kawasan tersebut, dan diberi penerangan  tentang cara menggunakan kompas dan klinometer bagi merekodkan bacaan di lapangan. Aktiviti terakhir kursus, setiap kumpulan diminta membuat pembentangan hasil daripada amali yang telah dijalankan.

Tahniah kepada semua peserta kerana telah berjaya menjalani kursus selama 2 hari dan semoga mendapat manfaat daripada ilmu yang diperolehi dan tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada penceramah kerana sudi berkongsi ilmu kepada kakitangan JMG Kelantan. Semoga JMG Kelantan terus maju jaya.