Johor Bahru, 31 Julai 2018 - Baru-baru ini, Pengarah JMG Johor En Mohammad Hussein bin Jamaluddin telah mengadakan kunjunghormat ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor iaitu YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani. Turut serta dalam kunjungan ini ialah Mohamad Sari bin Hasan, Noorazhar bin Ngatimin dan Mohd Hisham bin Md Nawi.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 7/2018
Johor Bahru, 31 Julai 2018 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 7/2018 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh En. Muhammad Falah b. Zahri, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohammad Saufee b. Sehat dan pembaca ikrar oleh Puan Norfazelah bt. Hassan.
Sambutan Hari JMG, Ulangtahun Pertama Jerai Geopark dan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri
Alor Setar, 08 Julai 2018: JMG KPP telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Hari JMG dan Ulangtahun Pertama Jerai Geopark pada 01 Julai 2018.
Kursus Asas Penggambaran Geopark Lembah Kinta
Ipoh, 26hb hingga 28hb Jun 2018 - JMG Perak telah menganjurkan Kursus Asas Penggambaran Geopark Lembah Kinta kepada kakitangan JMG Malaysia, Perak. Objektif kursus diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada kakitangan JMG Malaysia, Perak berkenaan konsep asas, pengendalian peralatan serta pemprosesan data penggambaran Geopark Lembah Kinta.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 5/2018
Johor Bahru, 7 Jun 2018 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 5/2018 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh Cik Nur Syahidatul Zubaida bt. Abilah, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Ahmad Fadhil b. Ahmad dan pembaca ikrar oleh Puan Nur Aminah bt. Abd. Hamid. Dalam majlis ini juga, JMG Johor telah menjemput penceramah dari Pejabat Pendidikan Negeri Johor iaitu Ustaz Hanafi b. Abd. Rahman untuk memberi ceramah sempena bulan Ramadhan dengan tajuk "Memburu Lailatul Qadar di sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan".