Pontian, 12 April 2025 - JMG Johor telah bekerjasama dengan Politeknik Ibrahim Sultan (Pasir Gudang) dan Blerong Geoguide Services menyantuni OKU Penglihatan dari Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia [Society of The Blind Malaysia (SBM) Cawangan Johor] menganjurkan Program Áccessible Geo-Tourism’di Tanjung Piai, Pontian.
KUNJUNGAN KE UNIT PENGURUSAN PERBADANAN SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR
Iskandar Puteri, 11 April 2025 - Pengarah JMG Johor, YBrs. Tn Haji Noorazhar bin Ngatimin bersama dengan En. Hairul bin Mohamad Shaharuddin (Timbalan Pengarah Pembangunan Lombong dan Kuari) dan Pn. Arda Anasha binti Jamil (Ketua Projek Sumber Mineral Strategik) telah berkunjung ke pejabat Unit Pengurusan Perbadanan Setiausaha Kerajaan Johor (SSI) bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan peranan JMG yang boleh membantu Kerajaan Negeri dalam pengurusan sumber buminya. Perbincangan ini dilakukan bersama dengan En. Ambok Nani bin Muhamad Nor (Ketua Unit Pengurusan SSI) dan En. Mohd Azrul bin Abdul Azis (Pegawai Hartanah 1).
KEJADIAN TANAH RUNTUH DI SETIA ECO VILLAGE, GELANG PATAH, JOHOR
Iskandar Puteri, 26 Mac 2025 - Pasukan Taskforce Bencana Geologi JMG Johor yang diketuai oleh Encik Muhammad Syahmi bin Mohamad telah menjalankan pemeriksaan di tapak tanah runtuh di Setia Eco Village, Gelang Patah, Iskandar Puteri, Johor yang berlaku pada 20 Mac 2025 akibat hujan lebat yang berterusan yang melanda negeri Johor baru-baru ini. Pemeriksaan tertumpu kepada mengenalpasti punca dan sebabnya berlaku bencana tanah runtuh dikawasan tersebut dengan lebih terperinci.