Masalah Kekurangan Air Di Loji Rawatan Air Bakal Diatasi

Masalah Kekurangan Air Di Loji Rawatan Air Bakal Diatasi

Satu lawatan kerja ke Loji Rawatan Air Merlimau, Melaka telah dilaksanakan oleh sepasukan terdiri daripada 17 orang pegawai geosains unit hidrogeologi Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Negeri. Lawatan tersebut diketuai oleh Pengarah Cawangan Penyelarasan dan Pelaksanaan Operasi (PPO) Ibu Pejabat JMG, Hj. Mohd Nazan bin Awang. Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Ketua Projek bagi Kajian Sumber Air Tanah Untuk Mengatasi Loji Rawatan Air (LRA) Bermasalah, Hj Nurzaidi bin Abdullah dan Timbalan Pengarah JMG Pahang, Encik Wan Saiful bin Wan Mohamad serta pegawai-pegawai daripada Badan Kawal Selia Air Melaka dan Syarikat Air Melaka Berhad.

Baca selanjutnya

Persidangan dan Pameran Hari Air Sedunia Negeri Sabah (World Water Day 2018)

Persidangan dan Pameran Hari Air Sedunia Negeri Sabah  (World Water Day 2018)

KOTA KINABALU, SABAH (21 & 22 Mac 2018) : Rabu & Khamis, 9.00 pagi.

Persidangan dan Pameran Hari Air Sedunia telah dijalankan dengan tema Nature for Water’. Persidangan ini bertujuan untuk meneroka penyelesaian berasaskan alam semulajadi terhadap permasalahan air yang dihadapi dalam abad ke-21. Persidangan ini telah berlangsung selama dua hari di Magellan Sutera Harbour, Kota Kinabalu.Persidangan dan pameran yang dianjurkan oleh Jabatan Pengiran dan Saliran Negeri Sabah bersama Institut Jurutera Malaysia (IEM) Cawangan Sabah telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin mewakili Ketua Menteri, Tan Sri Musa Haji Aman.Dalam persidangan ini, Encik Jaineh Lingi (Pegawai Geosains C44/ Ketua Aktiviti Hidrogeologi) telah dijemput untuk membentangkan kertas pembentangan bertajuk “General Overview of Groundwater Resources in Sabah”. Persidangan ini merupakan acara tahunan United Nation (UN) dan diadakan serentak di seluruh dunia.