KOTA KINABALU, SABAH (01 MAC 2018) : KHAMIS, Pejabat Yayasan Sabah telah membuat satu lawatan ke tapak projek Sabah International Convention Centre (SICC). Pihak Yayasan Sabah telah mengundang beberapa agensi kerajaan dan swasta untuk sama-sama hadir ke lawatan tapak projek tersebut.
SESI HANDS-ON BERSAMA PTJ-PTJ BAGI PELAKSANAAN SISTEM ePEROLEHAN
KOTA KINABALU, SABAH (01 MAC 2018) : KHAMIS, Jabatan Akauntan Negara Cawangan Kota Kinabalu telah mengadakan satu bengkel bertajuk " Sesi Hands-On bersama PTJ-PTJ bagi Pelaksanaan Sistem ePerolehan" bertempat di Makmal ESPKB, Tingkat 5, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Cawangan Kota Kinabalu. Bengkel ini diadakan selama 1 hari bermula pada jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang.
SAMBUTAN TAHUN BARU CINA 2018 NRE
WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA (28 FEBRUARI 2018) : RABU, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengadakan Majlis Perjumpaan Khas bersama pegawai dan kakitangan NRE berserta menyambut perayaan Tahun Baru Cina 2018.
PERHIMPUNAN BIL.2/2018 JMG SABAH
KOTA KINABALU, SABAH (28 FEBRUARI 2018) : RABU, Perhimpunan Bulanan Bil.2/2018 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah telah berjaya disempurnakan pada hari ini bertempat di Dewan Nephrite, Blok Kinabalu. Perhimpunan kali ini telah dianjurkan dengan jayanya oleh Unit Perkhidmatan Makmal.
SYABAS BUAT PEGAWAI-PEGAWAI YANG DIPILIH MENGHADIRI SEMINAR LUAR NEGARA DAN MELANJUTKAN PENGAJIAN DI PERINGKAT LEBIH TINGGI
KOTA KINABALU, SABAH (28 FEBRUARI 2018) : RABU, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah mengucapkan setinggi Tahniah buat semua mereka yang berjaya menjalani seminar di luar negara dan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi lagi.