Datuk Ketua Pengarah telah merasmikan Mesyuarat Ketua Unit Lombong dan Kuari pada 26 Februari 2018 di Hotel Concorde Shah Alam. Turut bersama di dalam majlis berkenaan ialah Pengarah Kanan BPT, Pengarah JMG Selangor/WP dan Pengarah Cawangan EM Ibu Pejabat.
Majlis Pecah Tanah Projek Rancangan Tebatan Banjir Bandar Pekan Fasa II (PARCEL 2)
Datuk Ketua Pengarah telah menghadiri Majlis Pecah Tanah Projek Rancangan Tebatan Banjir Bandar Pekan Fasa II (PARCEL 2) pada 25 Februari 2018 bertempat di Tapak Projek RTB, Kg.Pulau Keladi, Pekan Pahang. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia.
Majlis Perasmian Telaga Tiub Kg. Timbang Dayang, Kota Belud
KOTA BELUD, SABAH (23 Februari 2018) : Jumaat, 8.00 pagi. Majlis Perasmian Telaga Tiub Kg Timbang Dayang yang dianjurkan oleh JMG Sabah dan dengan usahasama Pejabat Daerah Kota Belud telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Mohd Salleh bin Tun Said Keruak, JP, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia merangkap ADUN N8 Usukan. Majlis yang turut dihadiri kiri-kira 500 orang penduduk kampung juga disertai oleh Pengarah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Datuk Japlin bin Akim, Penolong Pegawai Daerah, Agensi-agensi Kerajaan Persekutuan/Negeri dan Badan-badan berkanun.
PERSIAPAN PERASMIAN TELAGA TIUB DAN PROGRAM KESEDARAN AWAM DI KG TIMBANG DAYANG KOTA BELUD, SABAH
KOTA BELUD, SABAH (23 FEBRUARI 2018) : JUMAAT, Pada 21 Februari dan 22 Februari 2018 merupakan tugas-tugas persiapan akhir untuk program dan majlis Perasmian Telaga Tiub di Kg. Timbang Dayang, Kota Belud, Sabah.
TAKLIMAT DAN PELANCARAN ENAKMEN WARISAN NEGERI 2017
KOTA KINABALU, SABAH (22 FEBRUARI 2018) : KHAMIS, Jabatan Muzium Negeri Sabah telah mengadakan taklimat dan pelancaran enakmen 2017 di dewan G.C Wooley, Kompleks Muzium Negeri Sabah. JMG Sabah merupakan salah satu jabatan yang dijemput hadir sama dalam majlis tersebut.