11-12 Disember 2013, Majlis perhimpunan bulanan dan sambutan hari inovasi telah diadakan di Jabatan Mineral Dan Geosains Negeri Sembilan Dan Melaka.Majlis tersebut telah berlangsung selama dua hari yang melibatkan pelbagai aktiviti iaitu pertandingan Kumpulan Kreatif dan Inovasi (KIK), persembahan koir, jemputan luar dari Geo-solution Resources Sdn. Bhd. dan Penyampaian Anugerah Pekerja Terpilih 2013 dengan slogan 'Budaya Inovasi Pemacu Transformasi Tekini'.
Sambutan 10 Muharram 1435 H
Hari bersilih ganti dan dengan takdir yang Maha Esa, kita telah ditemukan sekali lagi dengan hari 10 Muharram. Hari 10 Muharram merupakan antara hari kebesaran dalam kalendar umat islam kerana terjadinya beberapa peristiwa penting yang menunjukkan kebesaran Allah S.W.T. Pada tahun 2013, 10 Muharram 1435 Hijrah jatuh pada 14 November. Di Malaysia, sambutan 10 Muharram sangat sinonim dengan bubur asyura sehinggakan ada yang tidak menyedari tradisi menyediakan bubur asyura sebenarnya adalah untuk meraikan hari 10 Muharram. Bagi umat islam di Malaysia, tidak lengkap rasanya sambutan Hari Asyura jika tidak bergotong royong memasak bubur asyura.
Lawatan Kunjungan Hormat Pengarah JMG Johor Ke Pejabat YAB Menteri Besar Negeri Johor
Nusajaya, Johor - Pada 12 Disember 2013, satu lawatan kunjungan hormat telah dibuat oleh Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Pengarah JMG Johor dengan YAB Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Menteri Besar Johor di pejabat beliau di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar.
Lawatan Sambil Belajar ke Lombong Rahman Hydraulik
Satu lawatan sambil belajar telah dianjurkan oleh JMG Perak pada 5hb Disember 2013 ke lombong Rahman Hydraulik.Seramai 28 kakitangan telah menyertai lawatan ini. Pengurus Lombong, En. Hariyanto b. Salleh telah menyampaikan taklimat mengenai lombong Rahman Hydraulik kepada kakitangan. Setelah itu, kakitangan dibawa melawat ke kawasan lombong.
MSM 2013
Dr. Rohaya Othman, telah membentang dua kertas kerja penyelidikan di 22nd Scientific Conference of Microscopy Society of Malaysia (MSM 2013) pada 26 hingga 28 November 2013 di Primula Beach Hotel, Terengganu.