PENGARAH JMG KPP TERIMA PINGAT B.C.K

Seluruh warga JMG KPP mengucapkan tahniah! kepada Tuan Pengarah JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang, Tuan Haji Zainol Bin Husin yang telah dianugerahkan pingat Bintang Cemerlang Kebaktian (B.C.K) sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan Sultan Kedah yang ke-85 pada tarikh 20 Januari 2013 yang lalu.

Disediakan oleh : Pn. Salasiah Bajuri

 

 

Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil

Badan Kebajikan dan Kakitangan Islam JMG Sabah (BKKI JMG Sabah) telah menganjurkan Majlis Bacaan Yaasin dan Tahlil pada Jumaat, 6 Rabiulawal 1434H bersamaan 18 Januari 2013. Tujuan majlis ini diadakan adalah dengan niat mendoakan kesejahteraan saudara-saudara kita yang telah meninggal dunia. Bertempat di Bilik Mesyuarat Nephite Jabatan, majlis dimulakan pada jam 2.30 petang. Bacaan Yassin diketuai oleh Hj. Kamil Kamarudin, Penolong Bendahari BKKI. Satu tazkirah ringkas disampaikan oleh Hj. Kamaruddan Abdullah, Pemangku Pengerusi BKKI sebelum majlis diakhiri dengan jamuan ringan. Majlis berakhir pada jam 3.30 petang.

Baca selanjutnya

Berita Kematian

Dukacita dimaklumkan bahawa :
  1. Ibu Mertua kepada En Nor Effendy Norizan, Pegawai Kajibumi-C41 JMG Sabah telah kembali kerahmatullah pada Khamis, 03 Januari 2013.
  2. Suami kepada Pn Mejah Birud, Pegawai Khidmat Pelanggan, N17 JMG Sabah telah kembali kerahmatullah pada Sabtu, 05 Januari 2013.

Semoga kedua-dua arwah ditempatkan dikalangan orang orang yang soleh. Al-fatihah.