PRODUCT TRAINING FOR THE USE OF DIVER MEASURING EQUIPMENT

Seramai 20 orang kakitangan jabatan telah menghadiri kursus Product Training For The Use of Diver Measuring Equipment pada 16 dan 17 Januari 2013. Kursus yang dianjurkan ini memberi pendedahakan kepada para peserta berkenaan sistem penapisan yang terbaru.

Kursus selama 2 hari ini juga telah membawa para peserta ke lokasi luar iaitu SK. Raso, Lundu yang termasuk dalam Projek Bekalan Air Bersih Sekolah Luar bandar sarawak.

Program Perhimpunan Bulanan JMG Kelantan Bil. 3/2013

Buat julung kalinya, JMG Kelantan akan mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan di satu taman rekreasi terkenal di Negeri Cik Siti Wan Kembang, Taman Tengku Anis di Tanjung Chat, Kota Bharu.

Kawasan ini sangat terkenal dengan aktiviti keluarga dan riadah dengan pemandangan yang sangat cantik dan molek, sang rusa sambar menanti di kandangan, burung-burung berkicauan menyanyi senang, pohon-pohon hijau mengayau ditiup angin, sang arnab bersenang linang....

Tarikh yang dipersetujui Pengarah ialah pada 28 Mac 2013.. Sama-sama kita nantikan...

Program Ceramah Kesihatan, Pemeriksaan Kesihatan dan Kempen Derma Darah

Program Ceramah Kesihatan, Pemeriksaan Kesihatan dan Kempen Derma Darah telah diadakan pada 27hb Februari 2013 di Dewan Granit, JMG Malaysia, Perak. Aktiviti yang telah dilaksanakan ialah Ceramah Kesihatan oleh Timbalan Pengarah Kementerian Kesihatan, Program Pemeriksaan Kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Batu Gajah dan Kempen Derma Darah oleh Unit Tabung Darah, Hospital Raja Permaisuri Bainun. Seramai 64 orang telah hadir menjayakan program tersebut termasuk wakil dari Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Pusat Penyelidikan Mineral dan Jabatan Kimia.

PERTUKARAN PEGAWAI MAKMAL SARAWAK

 

 

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sarawak mengalu-alukan kembali kedatangan Hajjah Saptuyah bt. Haji Su'ut yang telah melapor diri pada 28 Februari 2013 (Khamis). Beliau bakal menjawat jawatan Timbalan Pengarah Aktiviti Perkhidmatan Makmal mengantikan Tn. Haji Baharudin b. Wanik yang akan kembali ke BPT Ipoh.

Semoga pertukaran ini akan menjadi titik permulaan dan pembaharuan kepada kedua-dua pegawai terbabit serta kepada kakitangan Unit Pekhidmatan Makmal amnya.

Semoga pertukaran ini akan membawa kebaikan kepada kedua-dua pihak dan secara tidak langsung kepada semua yang terlibat.