Sinar Harian: 30 Oktober 2012
Perasmian Telaga Tiub Air Bawah Tanah SMA Nahdhah Hasanah di Kodiang
Melele (Kodiang), 23 OKTOBER - Majlis Perasmian dan Penyerahan Telaga Tiub Air Bawah Tanah kepada Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah di sini telah selamat disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Yunus Bin Abdul Razak, Ketua Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG), pagi tadi.
Dalam ucapan perasmian, Dato' Yunus menegaskan pentingnya kegunaan air sebagai nikmat daripada Allah s.w.t. yang mesti digunakan sebaik-baiknya. Beliau juga berharap agar telaga tiub air bawah tanah yang telah dibina akan digunakan seoptimum mungkin oleh warga sekolah agar dapat berfungsi dengan baik dan lancar.
Sumber Air Bawah Tanah Kurangkan Perbelanjaan Sekolah
KODIANG, 30 Oktober 2012 - Hasil penemuan sumber air bawah tanah di Sekolah Menangah Agama Nahdhah Hasanah ternyata menggembirakan pentadbiran sekolah itu mendapat sumber air untuk kegunaan harian pelajar.
Muzium Geologi : SK Mahmud Raub Ke Muzium Geologi Ipoh
Ipoh 18 Okt 2012, SK Mahmud Raub Pahang telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Ipoh. Salah satu aktiviti yang telah dirangcang adalah lawatan ke Muzium Geologi yang pertama di Malaysia. Kehadiran rombongan SK Mahmud dimeriahkan lagi dengan penerangan yang jelas dan lengkap oleh pengurus Muzium Geologi iaitu Tn Hj Mohd Zaidi Mohd Hasan. Beliau dengan penuh bersemangat menjelaskan satu persatu konsep zon yang ada di dalam muzium ini. Para murid juga memberi respon yang sangat memuaskan dan berharap rakan-rakan mereka yang tidak terpilih dapat menerokai muzium ini di masa hadapan.
Muzium Geologi : Lepasan UPSR SK Malim Nawar Ke Muzium Geologi
Muzium Geologi telah menerima rombongan sambil belajar dari Sek Kebangasaan Malim Nawar Gopeng Perak. Dengan diiringi 5 orang guru, 34 orang murid darjah 6 yang telah selesai menduduki UPSR yang lalu. Para murid dengan penuh bersemangat menjelajah ruang muzium yang disediakan. Kehadiran replika haiwan zaman purba turut memeriahkan suasana pembelajaran. Para guru juga membantu menerangkan perihal yang terdapat di dalam muzium ini. Dengan lawatan ini, ramai murid yang hadir dapat membayangkan kemungkinan kerjaya yang bakal diceburi di masa hadapan.