Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan Memainkan Peranan Membekalkan Air Daripada Telaga Tiub Di Dalam Usaha Memadamkan Kebakaran Tanah Gambut di Kg. Beris Lalang, Bachok, Kelantan.

26 Mac 2013 Bachok: Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan telah dipanggil oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Kelantan bagi membantu membekalkan air daripada telaga tiub yang dibina oleh pihak JMG di dalam usaha memadamkan kebakaran tanah gambut di Kg. Beris Lalang, Bachok, Kelantan.

       Kebakaran tanah gambut di kawasan ini adalah menjadi satu fenomena biasa terutamanya di musim kemarau. Pada musim panas dan kering, air takungan seperti air parit, taliair dan telaga cetek akan mengalami kekeringan dan bahan gambut yang terdiri daripada enapan Kuaterner sangat mudah terbakar disebabkan faktor geologinya yang terdiri daripada endapan bahan karbon/organik yang terurai dan lembut serta masih belum mengalami proses pembatuan. Kebakaran tanah gambut biasanya sangat sukar dipadamkan disebabkan pembakarannya melalui lapisan bawah permukaan dan sukar dilihat di atas permukaan kecuali terdapat asap yang terlepas keluar melalui celah dan retakan tanah. Keadaan ini sangat merbahaya dan boleh merosakkan kawasan yang luas dan memakan masa untuk mengawal dan memadamkannya.

Baca selanjutnya

Seminar Perubahan Aras Laut Kuno : Kefahaman Terhadap Sejarah Pembentukan Bumi

JMG Malaysia, Perak dengan kerjasama Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Seminar Perubahan Aras Laut Kuno : Kefahaman Terhadap Sejarah Pembentukan Bumi pada 26 Mac 2012 (Hari Isnin) di Mini Auditorium, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Seri Kembangan, Selangor.

Baca selanjutnya