Pasukan kompang Kelab Sukan dan Kebajikan, Pusat Penyelidikan Mineral Ipoh telah ditubuhkan beberapa tahun yang lalu. Keahliannya terdiri dari 17 orang ahli. Pasukan Kompang KSK PPM adalah di antara pasukan kompang yang paling aktif dan menawarkan khidmat yang terbaik di sekitar Ipoh. Berbagai-bagai jemputan dan aktiviti-aktiviti pesat yang telah kami hadiri dan giat dijalankan seperti jemputan perkahwinan, perasmian majlis-majlis rasmi, majlis sambutan orang kenamaan, majlis berkhatan dan sebagainya.
Khidmat Sosial St Nevil Ke Muzium Geologi
Syarikat Pelancongan St Nevil Ipoh telah melancarkan kempen khidmat sosial syarikat tersebut dengan mengadakan rombongan dari taska terpilih dadri Kampar untuk melawat tempat-tempat menarik di kawasan Ipoh dan Lenggong. Salah satu tempat yang dituju ialah Muzium Geologi Ipoh. Terdapat lima buah taska yang menyertai rombongan pada kali ini dengan setiap satu taska diwakili antara 10-15 orang murid.
Kursus Tajwid Pantas Nur Baiti
Tanggal 27 Rejab 1434H bersamaan 6 Jun 2013, satu lagi siri kursus bacaan tajwid Al-Quran telah diadakan di Bangunan Zamrud Bahagian Perkhidmatan Teknikal JMG Ipoh Perak. Diterajui oleh Ustaz Abu Nabil dan dibimbing bacaan oleh Ustaz Hj Radzi Kamarul Hailan Al-Muqri, Juri akademi Al-Quran TV9, Johan Qari Tilawah Al-quran Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa 2000 dan 2004.
Montaj NGC 2013
Montaj National Geoscience Conference 2013, yang telah diadakan pada 8 dan 9 Jun 2013 ini telah disediakan oleh Jawatankuasa Kecil (Montaj) yang diketuai oleh Tn. Hj. Ismail Iman, En. Abdullah Sulaiman, En. Mat Niza Abd Rahman, En. Mat Azami Yop Yunus, En. Mohd Zahar Ibrahim.
CERAMAH TEKNIKAL OLEH UTEM
PPM, 3 Jun 2013 – PPM dengan kerjasama Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah mengadakan satu ceramah teknikal yang bertajuk “Best Formulation and Sintering Optimization of Waste Glass into Glass Ceramic” yang disampaikan oleh Prof Madya Dr Jariah bt Mohamad Juoi di Dewan Seminar PPM. Seramai 21 orang kakitangan PPM telah menghadiri ‘Technical Talk’ ini. Tujuan ceramah teknikal ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan perbincangan antara pihak UTeM dan PPM mengenai penyelidikan dalam bidang kaca seramik.