ALOR SETAR, 5 Jun 2013 – Satu Program Taskforce Perluasan Sistem Pengurusan Aset (SPA) telah diadakan baru-baru ini bertarikh 3-4 Jun 2013 di Bilik IT, Unit Pengurusan Maklumat, JMG Kedah/Perlis/Pulau Pinang. Program ini telah disertai seramai 10 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan JMG KPP. Program ini juga dikelolakan oleh Unit Pengurusan Maklumat, JMG KPP dengan kerjasama Unit Pengurusan Maklumat & Pentadbiran, JMG Ibu Pejabat.
SEMINAR PENGKOMERSILAN HASIL R&D PPM
PPM, 29 Mei 2013 – Satu seminar yang dianjurkan oleh PPM bertajuk “Technology Trend For Mineral And Commercialization” telah di adakan pada 29 Mei 2013 bertujuan untuk membuka minda, mendedahkan dan memperkasakan lagi pegawai-pegawai penyelidik di PPM tentang pentingnya hasil-hasil penyelidikan dipaten dan dikomersialkan. Banyak maklumat telah diperolehi dari penceramah jemputan iaitu Syarikat Norunnuha Sdn Bhd. yang merupakan salah satu Agen Paten yang terdapat di Malaysia.
LAWATAN MUHIBAH AHLI-AHLI BADAN KEBAJIKAN ISLAM (BKKI), JMG SARAWAK KE MADRASAH DARUL ULOOM, KOTA SEMARAHAN.
Seramai 21 orang ahli BKKI yang diketuai oleh Tuan Haji Che Abdul Rahman bin Jaafar, Timbalan Pengerusi BKKI telah membuat lawatan muhibah ke Madrasah Darul Uloom, Kota Samarahan pada 14 Mei 2013.
Muzium Geologi : Pendidikan Khas SK Raja Chulan Ipoh
Muzium Geologi Ipoh telah menerima satu kunjungan istimewa dari rombongan pendidikan khas Sekolah Kebangsaan Raja Chulan Ipoh yang terletak berhampiran dengan Politeknik Premier Ungku Omar. Rombongan terdiri dari 29 orang murid perlbagai usia dan diiringi oleh 10 orang guru berkaliber.
MESYUARAT AGUNG KSKBPT2013
IPOH, 17 Mei 2013: Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali ke-10, bertempat di Bangunan Zamrud BPT. Pada mesyuarat kali ini mesyuarat telah memperkenalkan pakaian rasmi Jawatankuasa KSKBPT berupa kemeja F1 berwarna oren. Tiada pemilihan AJK yang baru dibuat pada mesyuarat kali ini, pemilihan akan dibuat pada tahun 2014 nanti.