LANGKAWI GEOPARK, 20 Mei 2012 - Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) dengan kerjasama Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG & JMG KPP), Jabatan Taman Laut (JTLM) dan Jabatan Perhilitan Kedah telah menganjurkan program Kembara Bersama Media (KBM) Siri 3 & Siri 4 2012 di Pulau Langkawi , Pulau Payar dan Tuntung Bukit Pinang pada 17 hingga 20 Mei 2012.
Telaga Tiub Tangani Masalah Air Bersih Pedalaman Sabah
KENINGAU: Projek Telaga Tiub, yang diperkenalkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, bakal menjadi sandaran baharu bagi menangani masalah bekalan air bersih khususnya di kawasan pedalaman Sabah.
Lawatan Pegawai-Pegawai Penyiasatan Kajibumi Bangladesh
IPOH: Pada 2 hingga 5 Julai 2012 yang lalu, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Mineral Dan Geosains Ipoh telah menerima kunjungan daripada delegasi pegawai-pegawai penyiasatan kajibumi Bangladesh. Mereka telah diberi taklimat oleh pegawai-pegawai kanan di Bahagian Perkhidmatan Teknikal seterusnya dibawa melawat ke beberapa tempat di Bahagian Perkhidmatan Teknikal seperti Unit Geologi Marin, Makmal Kimiabumi, Pusat Data, Muzium Geologi Ipoh serta Makmal Mineralogi Dan Petrologi. Mereka juga dibawa melawat ke kilang pemprosesan mineral BEH Mineral di Lahat, Perak dan Dimension Stone Quarry, Simpang Pulai, Perak.
Pada 4 Julai 2012, delegasi ini dibawa untuk melawat pembangunan kolam air panas di Sg. Klah Resort, Sungkai, Perak.
Pada akhir lawatan, mereka dibawa melawat Pusat Penyelidikan Mineral untuk melihat kemudahan-kemudahan di sana.
Hebahan Seminar Anjuran IKM Sabah, JAS dan JMG Sabah
Institut Kimia Malaysia (IKM) Cawangan Sabah dan W.P. Labuan, dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar Sabah dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia akan menganjurkan Seminar Pengurusan Bahan-bahan Merbahaya Kepada Keselamatan dan Alam Sekitar Sektor Perkilangan dan Pengkuarian pada 17 Julai 2012 di Magellan Sutera.
Lawatan Teknikal Ke Syarikat Batamas Sdn. Bhd. Batu Gajah, Perak
Seksyen Teknologi Bahan Termaju telah mengadakan lawatan teknikal ke Syarikat BATAMAS Sdn Bhd, Batu Gajah, Perak pada 3 Julai 2012. Lawatan ini bertujuan untuk menambahkan pengalaman dan memberi pengetahuan kepada pegawai dan kakitangan STBT mengenai penggunaan bahan berasaskan pasir silika dalam industri di Malaysia.
Syarikat BATAMAS telah beroperasi sejak 1982 dan merupakan syarikat yang pertama mengeluarkan bata kalsium silikat yang bermutu tinggi di Malaysia dibawah jenama KALSA. Lawatan ini telah memberi pendedahan mengenai pelbagai penggunaan bata kalsium silikat dalam industri pembinaan di Malaysia.
Di samping itu tujuan lawatan ini adalah untuk mendapatkan maklumat latarbelakang syarikat, sumber bahan mentah, teknik memproses dan analisis yang dijalankan oleh syarikat ini. STBT juga meninjau peluang kerjasama yang lebih mantap dalam menjalankan aktiviti penyelidikan antara PPM dengan Syarikat BATAMAS Sdn Bhd.