Perjumpaan Bulanan dan Perasmian Sukan BPT 2012

IPOH, 31 Oktober 2012: Buat pertama kali Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah mengadakan Majlis Perjumpaan Bulanan Bersama Pengarah BPT di luar dewan tidak seperti kebiasaannya. Pada kali ini majlis telah dibuat di perkarangan letak kenderaan di hadapan Blok Zamrud BPT.

Di dalam majlis yang sama telah dijalankan beberapa acara antaranya Program Senamrobik, Penyampaian Sumbangan Persaraan kepada Pn. Hjh. Che Kalsom Bt. Md. Zain dan Sumbangan Kematian Anak kepada En. Fairul Azizan Bin Shahini.Sumbangan-sumbangan telah disampaikan sendiri oleh Pengarah Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Tn. Hj. Mior Sallehhuddin Mior Jadid dan Presiden Kelab Sukan Dan Kebajikan BPT, En. Abdullah Sulaiman.

Baca selanjutnya

Perasmian Telaga Tiub Air Bawah Tanah SMA Nahdhah Hasanah di Kodiang

Melele (Kodiang), 23 OKTOBER - Majlis Perasmian dan Penyerahan Telaga Tiub Air Bawah Tanah kepada Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah di sini telah selamat disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Yunus Bin Abdul Razak, Ketua Pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG), pagi tadi.

Dalam ucapan perasmian, Dato' Yunus menegaskan pentingnya kegunaan air sebagai nikmat daripada Allah s.w.t. yang mesti digunakan sebaik-baiknya. Beliau juga berharap agar telaga tiub air bawah tanah yang telah dibina akan digunakan seoptimum mungkin oleh warga sekolah agar dapat berfungsi dengan baik dan lancar.

Baca selanjutnya

Muzium Geologi : SK Mahmud Raub Ke Muzium Geologi Ipoh

Ipoh 18 Okt 2012, SK Mahmud Raub Pahang telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Ipoh. Salah satu aktiviti yang telah dirangcang adalah lawatan ke Muzium Geologi yang pertama di Malaysia. Kehadiran rombongan SK Mahmud dimeriahkan lagi dengan penerangan yang jelas dan lengkap oleh pengurus Muzium Geologi iaitu Tn Hj Mohd Zaidi Mohd Hasan. Beliau dengan penuh bersemangat menjelaskan satu persatu konsep zon yang ada di dalam muzium ini. Para murid juga memberi respon yang sangat memuaskan dan berharap rakan-rakan mereka yang tidak terpilih dapat menerokai muzium ini di masa hadapan.

Baca selanjutnya