Hari Keluarga JMG Pahang 2012

Meriah dan Penuh Keceriaan. Itulah yang dapat digambarkan suasana Hari Keluarga Jabatan Mineral dan Geosains Pahang yang telah dilangsungkan di Suria Cherating Beach Resort pada 8 - 9 September 2012 yang lalu. Acara ini telah dijalankan dengan jayanya di bawah kelolaan Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Pahang (KESKEPA). Hari keluarga adalah wadah penting dalam memperatkan tali silaturrahim sesama kakitangan dan keluarga, yang berkhidmat di bawah satu jabatan. Justeru itu, acara ini telah menerima sokongan hangat dari semua dan merupakan hari yang ditunggu-tunggu. 

Baca selanjutnya

Pameran : Hari Kokurikulum SMK Redang Panjang Ijok Selama Perak

Selama, 18 September: Pameran semperna Hari Kokurikum Sekolah Model Khas Redang Panjang Ijok Selama Perak telah disertai oleh pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Bahagian Perkhidmatan Teknikal. Pameran ini turut disertai oleh Jabatan Perhutanan Malaysia Unit Harimau Selama, JAS Cawangan Taiping, JPS Cawangan Ipoh dan guru dari Pusat Kegiatan Guru Selama. Hari Kokurikum ini telah dirasmikan oleh Pengarah Perhutanan Malaysia Negeri Perak dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran ahli parlimen Selama iaitu YB Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar. Beliau sempat melawat tapak pameran dan gerai jualan yang disediakan. Semoga aktiviti seperti ini dapat  dilaksanakan dengan kerap pada masa hadapan.

Pameran : Karnival Kimia Anjuran Institut Kimia Malaysia

Ipoh 25 September 2012, Satu karnival yang dianjurkan oleh pihak Institut Kimia Malaysia Cawangan Perak telah dilaksanakan dengan jayanya. Ia telah dirasmikan oleh YB Dato' Mohammad Zahir B. Abdul Khalid - Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran Pendidikan Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Negeri Perak. Karnival ini telah dihadiri para pelajar dari sekolah menengah sekitar Bandar Ipoh.

Muzium Geologi : Lawatan KPT MARA Sri Gading

 

Sri Gading Batu Pahat

 

Ipoh 14 September 2012, Satu rombongan lawatan sambil belajar telah diadakan oleh pihak KPT MARA sri Gading Batu Pahat ke Muzium Geologi. Para pelajar dari jurusan Geostruktur tahun 3 ini amat berminat mempelajari perihal batuan dan mineral kerana berkaitan dengan pembelajaran yang telah dipelajari. Para pensyarah KPT MARA Sri Gading juga berharap dapat mengadakan lawatan seperti ini lagi di semester akan datang.

 

Muzium Geologi : Lawatan KPT MARA Sri Gading

Ipoh 14 September 2012, Satu rombongan lawatan sambil belajar telah diadakan oleh pihak KPT MARA Sri Gading Batu Pahat ke Muzium Geologi. Para pelajar dari jurusan Geostruktur tahun 3 ini amat berminat mempelajari perihal batuan dan mineral kerana berkaitan dengan pembelajaran yang telah dipelajari. Para pensyarah KPT MARA Sri Gading juga berharap dapat mengadakan lawatan seperti ini lagi di semester akan datang.