Badan Kebajikan dan Kakitangan Islam JMG Sabah akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan Ceramah Ramadhan 2012 pada Sabtu, 11 Ogos 2012 bersamaan dengan 22 Ramadhan 1433H bertempat di Bilik Mesyuarat Nephrite Jabatan.
Sesi Rakaman Ucapan Aidilfitri JMGKPP Meriah
Pejabat JMGKPP hari ini meriah dengan pelbagai warna dan gaya kakitangannya berpakaian bersempena Sesi Rakaman Ucapan Hari Raya Aidilfitri dan Kemerdekaan Malaysia ke-55.
PERHIMPUNAN BULANAN BAGI BULAN JULAI DAN KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN
Perhimpunan Bulanan Bersama Pengarah PPM Bil 5/2012 pada 26hb Julai 2012 dan majlis bermula pada pukul 9.00 pagi.
Antara Perutusan Pengarah bagi Bulan Julai adalah mengenai penukaran lagu kepada Jalur Gemilang selari dengan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang yang telah dilancarkan pada 17hb Julai 2012 yang lalu.
Program lawatan ke tapak pengerudian kajian batuan silika di Lawin bersama Setiausaha Bahagian Mineral dan Geosains NRE
Satu Program lawatan ke tapak pengerudian kajian batuan silika RMK10 di Lawin, Hulu Perak bersama Setiausaha Bahagian Mineral dan Geosains NRE telah dianjurkan oleh Unit Sumber Mineral JMG Malaysia, Perak pada 10 Jun 2012.
Penemuan Sulung Gas Metana di Terengganu
Kuala Terengganu - Jabatan Mineral dan Geosains negeri Terengganu mengesahkan gas yang keluar dari telaga tiub di Kampung Padang Macang, Manir dekat sini adalah gas metana, sejenis bahan bakar yang banyak digunakan untuk memasak.