Program Perkongsian Ilmu: Pengurusan Sisa Kimia Berjadual (ESWIS)

Program Perkongsian Ilmu: Pengurusan Sisa Kimia Berjadual (ESWIS)

Ipoh, 20.10.2023:ย Telah diadakanย Program Perkongsian Ilmu mengenaiย  Pengurusan Sisa Kimia Berjadual (ESWIS) yang telah disampaikan oleh En. Mohd Fahami Abas, Ketua Unit Batuan dan Air. Program bertujuan untuk menyebarkan maklumat serta membantu untuk melengkapkan bilangan hari berkursus setahun untuk kakitangan makmal BPT. Peserta terdiri dari pegawai-pegawai dan kakitangan Cawangan Perkhidmatan Makmal, BPT.

AKTIVITI GOTONG-ROYONG MAKMAL PEMPROSESAN MINERAL

AKTIVITI GOTONG-ROYONG MAKMAL PEMPROSESAN MINERAL
IPOH 24 OKT - Hasil daripada pemerhatian Audit Dalaman yang lepas, Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM), Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) telah mengadakan aktiviti gotong-royong di Makmal Pemprosesan Mineral.
Satu taklimat ringkas telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Hj. Ismail bin Ibrahim, Ketua Cawangan CTPM berkaitan dengan penambahbaikan yang perlu dibuat di makmal pemprosesan mineral, sebelum aktiviti gotong-royong bermula.
Seramai 12 orang warga kerja CTPM telah terlibat dalam menjayakan program pada kali ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah menyusun semula peralatan lama, melabel sampel dan membersihkan kawasan makmal.
Aktiviti gotong-royong ini juga dibuat sebagai persediaan bagi menghadapi Audit Luaran yang dijadualkan pada minggu ke-4 November 2023 akan datang.