MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP

SELANGOR, Shah Alam, 22 Januari 2024  -  Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan yang pertama untuk tahun 2024 telah berlangsung di Bilik Kuarza, tingkat 7, Bangunan Darul Ehsan. Kehadiran warga jabatan adalah pada majlis kali ini adalah melebihi sembilan puluh peratus. Majlis perhimpunan diakhiri dengan taklimat cara memohon kebenaran untuk meninggalkan  pejabat dalam waktu bekerja yang terkandung di bawah perintah Am 5 Bab G yang telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Tadbir, Puan Nurfaten Nadia binti Mohd Zaman.

Biarpun tahun bersilih ganti, namun tujuan kita tetap sama iaitu berazam untuk menjadi lebih baik atau lebih sempurna pada setiap tahun bahkan setiap hari yang berlalu.

PERKONGSIAN ILMU: CALIBRATION OF ANALYTICAL BALANCE

PERKONGSIAN ILMU: CALIBRATION OF ANALYTICAL BALANCE

Ipoh, 19 Januari 2024:   Telah di adakan Perkongsian Ilmu secara mingguan kepada pegawai dan kakitangan baru di Cawangan Perkhidmatan Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal. Program bertujuan mendedahkan mereka kepada mereka aktiviti sebenar yang terdapat di makmal BPT.

Baca selanjutnya

Siri VIII: Program “Expert Deployment Mechanism for Trade and Development (EDM): Sesi Libat Urus Bersama Institusi Pengajian Tinggi dan Pusat Kajian Kelestarian Global, Universiti Sains Malaysia. [08/08]

Penglibatan ahli akademik dan penyelidik dalam sesi libat urus kali ini adalah salah satu agenda kemampanan negara bagi industri mineral bagi membincangkan kesiapsiagaan negara dalam memastikan memastikan rantaian industri mineral ini menggarap amalan kemampanan yang terbaik serta sumbangan dan peranan dalam penyelidikan memacu hala tuju pembangunan mineral negara.

Titik mula sesi ini dihadiri oleh ahli akademik dan penyelidik daripada Pusat Pengajian kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Ir. Dr. Syed Fuad Saiyid Hashim dan Timbalan Pengarah Pusat Kajian Kelestarian Global (CGSS) Universiti Sains Malaysia, Dr. Noor Adelyna Mohammed Akib. Sesi ini turut dihadiri oleh Unit Tekno Ekonomi dan Unit Lombong Kuari Ibu Pejabat JMG dan wakil daripada Bahagian Mineral dan Geosains, NRES.

Siri VII: Program “Expert Deployment Mechanism for Trade and Development (EDM): Sesi Libat Urus Bersama Kementerian Ekonomi [07/08]

Satu sesi libat urus bersama pihak Kementerian Ekonomi telah diadakan pada 19 Januari 2024 yang dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan daripada Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli diwakili oleh Pn Salina binti Muhamad Sali Luddin, En. Sobri bin Mohd Mansori, Puan Lee Chin Chin dan Puan Siti Nor Aishah binti Shaikh Abdul Hamid. Turut hadir bersama pegawai-pegawai daripada Unit Tekno Ekonomi dan Unit Lombong Kuari Ibu Pejabat JMG serta wakil dari Bahagian Mineral dan Geosains, NRES.

Industri pembangunan mineral di peringkat huluan dan industri pembuatan berasaskan mineral di peringkat hiliran merupakan salah satu penyumbang terpenting dalam rantaian ekonomi mineral negara. Oleh itu, perancangan hala tuju industri yang dirancang ini akan selari dengan perancangan pembangunan sosioekonomi negara termasuk memfokuskan kepada agenda kemampanan negara.