Perkongsian Ilmu: Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994

Perkongsian Ilmu: Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994

Ipoh, 17 November 2023:   Telah di adakan Perkongsian Ilmu secara mingguan kepada pegawai dan kakitangan baru di Cawangan Perkhidmatan Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal. Program bertujuan mendedahkan mereka kepada mereka aktiviti sebenar yang terdapat di makmal BPT. 

Baca selanjutnya

Perkongsian Ilmu: Penentuan Ujian Total Koliform dan E.Coli Dalam Air Bawah Tanah

Perkongsian Ilmu: Penentuan Ujian Total Koliform dan E.Coli Dalam Air Bawah Tanah

Ipoh, 10 November 2023:   Telah di adakan Perkongsian Ilmu secara mingguan kepada pegawai dan kakitangan baru di Cawangan Perkhidmatan Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal. Program bertujuan mendedahkan mereka kepada mereka aktiviti sebenar yang terdapat di makmal BPT. 

Baca selanjutnya

SUBMISSION OF THE REVISED DETAILED FEASIBILITY STUDY REPORT AND MINE REHABILITATION PLAN ON AN UNDERGROUND COAL MINING AT SG. APENG – ABOK, SRI AMAN, SARAWAK

SUBMISSION OF THE REVISED DETAILED FEASIBILITY STUDY REPORT AND MINE REHABILITATION PLAN ON AN UNDERGROUND COAL MINING AT SG. APENG – ABOK, SRI AMAN, SARAWAK

Unit Pembangunan Lombong dan Kuari (UPLK), JMG Sarawak telah mengadakan lawatan ke lombong arang batu bawah tanah oleh Luckyhill Coal Mining Sdn. Bhd. pada 16 November 2023, Khamis, di Sg. Apeng – Abok, Sri Aman, Sarawak.

Lawatan dijalankan bagi menyediakan ulasan penilaian susulan daripada laporan Detailed Feasibility Study (DFS) dan Mine Rehabilitation Plan (MRP) yang dikemukakan oleh pelombong untuk dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian Teknikal Lombong dan kelulusan oleh Lembaga Pengurusan Mineral Negeri.

Hadir bersama pelombong dan jurutera perunding perlombongan, lawatan dijalankan oleh En. Muhammad Irfan bin Mohd Azmi, En. Khalid bin Kasdi dan Pn. Fejulonika Felix.

AUDIT KEMAMPANAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN NEGERI SARAWAK DI BAWAH PROJEK PENARAFAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN MENGGUNAKAN KAEDAH SUSTAINABLE DEVELOPMENT INDICATORS (SDI) 2023

AUDIT KEMAMPANAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN NEGERI SARAWAK DI BAWAH PROJEK PENARAFAN INDUSTRI PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN MENGGUNAKAN KAEDAH SUSTAINABLE DEVELOPMENT INDICATORS (SDI) 2023

Unit Pembangunan Lombong dan Kuari (UPLK), JMG Sarawak telah menjalankan Audit Kemampanan Industri Perlombongan dan Pengkuarian Negeri Sarawak di Bawah Projek Penarafan Industri Perlombongan dan Pengkuarian Menggunakan Kaedah Sustainable Development Indicators (SDI) pada 16 November 2023, Khamis, di SEDC Quarries Sdn. Bhd. (Akud Quarry), Jalan Kuching – Serian, Kuching, Sarawak.

Audit telah dijalankan oleh Dr. Kho Chun Min, En. Hasfee Azlee bin Hassan dan En. Sebli Ahai.

PENCAPAIAN JMG DALAM ANUGERAH PEMBANGUNAN NEGARA 2023

PENCAPAIAN JMG DALAM ANUGERAH PEMBANGUNAN NEGARA 2023
PENCAPAIAN JMG DALAM ANUGERAH PEMBANGUNAN NEGARA 2023
 
⏳ 14 November 2023
📍 Hotel Le Meridian, Putrajaya
 
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah terpilih bagi menerima 'Anugerah Penilaian Outcome Projek Berprestasi Tinggi Mampan' oleh Unit Penyelarasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
 
Projek 'Potensi Pembangunan Geopark untuk Pengekalan dan Pemuliharaan Sumber Semulajadi Negara’ telah dipilih sebagai penerima anugerah yang amat berprestij ini.
 
Projek ini dengan objektif :
 
'Mengenalpasti, menciri, menilai dan menaraf geotapak berpotensi sebagai sumber warisan geologi negara agar boleh dibangunkan sebagai Geopark Kebangsaan dan global (UNESCO)' telah menghasilkan outcome:
 
✅ 243 geotapak dikenalpasti
✅ 87,600 pelancong direkodkan di Jerai Geopark pada tahun 2022
✅ Peningkatan ekonomi dan peluang pekerjaan baharu kepada penduduk setempat