Pada 30 November, Perhimpunan Bulanan November telah diadakan dengan giliran penganjuran oleh unit Geosains. Perhimpunan ini telah diadakan bersekali dengan Saringan dan Ceramah Kesihatan dengan kerjasama KESKET. Pemeriksaaan Saringan Kesihatan ini telah menerima sambutan positif daripada kakitangan JMG. Pegawai Perubatan yang hadir juga turut memberi khidmat nasihat kesihatan kepada kakitangan yang berisiko selepas ujian saringan dilaksanakan. Ceramah kesihatan berkaitan penyakit tidak berjangkit bersemepena dengan bulan Diabetes turut diadakan selepas ujian saringan kesihatan dilaksanakan. Terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu yang telah memberi kerjasama yang baik dan semoga program ini dapat dianjurkan secara berkala. Pada masa yang sama, pengisiaan perhimpunan bulanan turut dimeriahkan dengan sambutan Hari Lahir selain dari ucapan Pengarah JMG Terengganu.
TAKLIMAT PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA (PPGN) 2021-2030 DAN PELAN PELAKSANAAN GEOPARK NEGARA (PLGN) DI NEGERI SABAH TAHUN 2023
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 11/2023 JMG JOHOR
Johor Bahru, 28 November 2023 โ Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 11/2023 JMG Johor telah diadakan diย Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis telah dipengerusikan olehย Siti Nur Idyani bt. Yahayaย diikuti dengan bacaan doa oleh En.ย Mohd Syazwan Zainie b. Jainalย dan bacaan ikrar oleh Cik Nur Zayana Zahira bt. Shamsuri.ย Perutusan pengarah telahย disampaikan oleh Timbalan Pengarah Sumber Mineral, Dr. Sia Say Gee. Majlis diteruskan dengan pengenalanย Pegawai Geosains baruย Puan Fatimah Tuzaharah bt. Kamaludeenย dari JMG Sabah.
Perkongsian Ilmu: Sample Preparation for Geological Samples
Ipoh, 24 November 2023:ย ย ย Telah di adakan Perkongsian Ilmu secara mingguan kepada pegawai dan kakitangan baru di Cawangan Perkhidmatan Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal. Program bertujuan mendedahkan mereka kepada mereka aktiviti sebenar yang terdapat di makmal BPT.ย