KUNJUNGAN HORMAT PROF. DR. IZUMI DAN PUAN ERIKO KE JMGSWP

KUNJUNGAN HORMAT PROF. DR. IZUMI DAN PUAN ERIKO KE JMGSWP

SHAH ALAM, 21 Mac 2024 - Kunjungan Hormat oleh Professor Dr. Izumi Takako dari Tohoku University Japan dan Puan Eriko Motoyama bagi membincangkan keberhasilan projek Japan Partneship Program (JPP) Strengthening the Disaster Risk Reduction Capacity to Improve the Safety & Security of Communities by Understanding Disaster Risks (SeDAR) yang telah berjaya dilaksanakan selama empat tahun di Negeri Selangor. JMG merupakan salah satu agensi teknikal utama yang bekerjasama dalam projek ini dalam memberikan input teknikal melalui latihan dan bengkel kepada komuniti dalam konteks pengurusan risiko bencana geologi tanah runtuh. Antara impak penting projek ini adalah dengan tertubuhnya komuniti SeDAR di kawasan yang berisiko bencana selain usaha komuniti setempat mewujudkan Pusat Sumber Komuniti DRR di Bukit Antarabangsa. JMG turut menyumbangkan beberapa bahan bacaan dan nota teknikal berkaitan bahaya dan risiko bencana geologi kepada Pusat Sumber tersebut untuk dimanfaatkan kepada penduduk setempat.

MESYUARAT POTENSI PEMBANGUNAN PERLOMBONGAN MINERAL DI MALAYSIA BERSAMA DELEGASI DARIPADA CHINA

MESYUARAT POTENSI PEMBANGUNAN PERLOMBONGAN MINERAL DI MALAYSIA BERSAMA DELEGASI DARIPADA CHINA
MESYUARAT POTENSI PEMBANGUNAN PERLOMBONGAN MINERAL DI MALAYSIA BERSAMA DELEGASI DARIPADA CHINA
 
PUTRAJAYA, 25 Mac 2024 – Satu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan peluang dan potensi untuk pembangunan perlombongan mineral di Malaysia antara JMG dengan delegasi daripada China iaitu Guangxi Bureau of Geology & Mineral Prospecting & Exploitation, China. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Tn Hj. Kamaruddan bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JMG dan turut dihadiri oleh beberapa pegawai daripada Cawangan Ekonomi Mineral.
 
Taklimat potensi perlombongan mineral di Malaysia telah disampaikan oleh En. Yusari bin Basiran, Pengarah Ekonomi Mineral telah menarik minat delegasi dan pelabur-pelabur daripada China dan teruja dengan hasil kajian mineral yang telah dijalankan oleh JMG. Diharapkan pertemuan ini akan menjadi pemangkin pelaburan dan pertumbuhan industri mineral di Malaysia.

TAKLIMAT TENDER PROJEK KAJIAN POTENSI MINERAL STRATEGIK (MST) KE ARAH PENGURUSAN SUMBER YANG MAMPAN

TAKLIMAT TENDER PROJEK KAJIAN POTENSI MINERAL STRATEGIK (MST) KE ARAH PENGURUSAN SUMBER YANG MAMPAN
TAKLIMAT TENDER PROJEK KAJIAN POTENSI MINERAL STRATEGIK (MST) KE ARAH PENGURUSAN SUMBER YANG MAMPAN
 
PUTRAJAYA, 22 Mac 2024 – Satu taklimat tender projek telah diadakan bagi Projek Kajian Potensi Mineral Strategik (MST) ke Arah Pengurusan Sumber yang Mampan iaitu bagi Komponen Mineral Berlogam (MBL) dan Komponen Mineral Perindustrian (MPI).
Projek ini akan dipecahkan kepada dua fasa. Fasa 1 memfokuskan kepada empat (4) negeri iaitu melibatkan Negeri Johor (RM6.5 juta), Perak (RM4.5 juta), Kedah (RM4.5 juta) dan Sabah (RM4.5 juta). Manakala untuk Fasa 2 akan melibatkan Negeri Kelantan dan Sarawak.
 
Objektif Projek MST ini adalah untuk menilai dan menentukan potensi sumber mineral strategik dan lain-lain di kawasan-kawasan anomali yang telah dikenal pasti dalam kajian terdahulu; mensempadankan kawasan berpotensi untuk diusahahasilkan sebagai kawasan yang perlu diberi keutamaan untuk pembangunan mineral; dan menyediakan data sumber mineral yang komprehensif, interaktif, lengkap dan bersepadu.
 
Semoga projek sumber mineral ini berjaya dilaksanakan dan dapat memberikan impak positif kepada pembangunan industri mineral negara.

MESYUARAT TEKNIKAL PASCA BANJIR DI TAMAN NEGARA JOHOR (TNJ) ENDAU-ROMPIN

MESYUARAT TEKNIKAL PASCA BANJIR DI TAMAN NEGARA JOHOR (TNJ) ENDAU-ROMPIN

Iskandar Puteri, 19 Mac 2024 - Mesyuarat Teknikal Pasca Banjir di Taman Negara Johor (TNJ) Endau-Rompin telah diadakan di pejabat Perbadanan Taman Negara Johor, Iskandar Puteri. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Taufik b. Bahar Pengarah PBNJ dan dihadiri oleh wakil agensi teknikal seperti JMG, JKR ,UTM, UTHM, Pegawai Daerah Mersing dan Pegawai Daerah Segamat.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 02/2024

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 02/2024
SHAH ALAM, 21 Mac 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Mac telah dianjurkan oleh JMGSWP yang bertempat di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 7, Bangunan Darul Ehsan.
 
Antara pengisian majlis perhimpunan bulanan kali ini adalah bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, perutusan pengarah oleh Yang Berusaha Encik Tuan Rusli bin Tuan Mohamed, tayangan montaj aktiviti jabatan dan diakhiri dengan taklimat program Takaful Cuepacscare yang disampaikan oleh wakil dari Cuepacs.