MAJLIS PEMASYHURAN LIPIS SEBAGAI GEOPARK KEBANGSAAN YANG DISEMPURNAKAN OLEH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BIL

MAJLIS PEMASYHURAN LIPIS
SEBAGAI GEOPARK KEBANGSAAN YANG DISEMPURNAKAN OLEH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH
ย 
โฐ 18 Januari 2024
๐Ÿ“ Tree Top Walk Taman Negara,
Sungai Relau, Lipis, Pahang
ย 
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Lipis Sebagai Geopark Kebangsaan.
ย 
Turut hadir di majlis ini ialah YB. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoโ€™ Sri Huang Tiong Sii; YBhg. Datuk P.Geol. Zamri Ramli, Ketua Pengarah JMG; YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datoโ€™ Sri Haji Zulkifli Haji Yaacob, para ahli akademik, wakil-wakil dari Geopark-geopark Kebangsaan, para pembesar peringkat persekutuan dan negeri, wakil NGO, wakil masyarakat dan ramai lagi.
ย 
Dalam majlis berkenaan, Seri Paduka Baginda berkenan mengunjungi reruai pameran beberapa jabatan dan NGO termasuk reruai JMG. Seri Paduka Baginda telah menunjukkan minat terhadap penerangan sampel batuan yang dipamerkan serta penerangan ringkas berkaitan geologi am oleh Ketua Pengarah JMG.
ย 
Sehingga kini, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, NRES (yang dahulunya NRECC dan KeTSA) telah memberikan pengiktirafan Geopark Kebangsaan kepada 11 buah geopark iaitu Jerai di Kedah, Kinta dan Lenggong di Perak, Kinabalu di Sabah, Labuan, Sarawak Delta di Sarawak, Gombak-Hulu Langat di Selangor, Stong di Kelantan, Kenyir di Terengganu, Perlis serta Lipis di Pahang.
ย 
Sehingga kini juga, dua (2) geopark yang telah mendapat pengiktirafan UNESCO Global Geopark (UGGp) adalah Langkawi dan Kinabalu.
ย 
Kawasan Lipis Geopark seluas 5,408 kilometer persegi merupakan Geopark Kebangsaan termuda dan terbesar di Malaysia buat masa ini.
ย 
JMG adalah merupakan antara agensi teknikal di peringkat persekutuan yang menjadi tunjang kepada perlaksanaan program Geopark Kebangsaan negara.

Siri VI: Program โ€œExpert Deployment Mechanism for Trade and Development (EDM): Sesi Libat Urus Bersama Pegawai-pegawai Kanan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. [06/08]

Satu sesi libat urus telah diaturkan pada 18 Januari 2024 yang lalu melibatkan pegawai-pegawai kanan mineral JMG daripada seluruh Malaysia yang menjadi tunjang utama pembangunan industri mineral dan industri berasaskan mineral di negara ini. Sinergi ini dihadiri oleh pegawai-pegawai daripada Cawangan Ekonomi Mineral, Cawangan Penyelarasan Pelaksanaan Operasi, serta Timbalan-timbalan Pengarah (Lombong dan Kuari) daripada pejabat-pejabat JMG negeri seluruh Malaysia.
Sesi ini memfokuskan cabaran mengurus tadbir pembangunan mineral dan hala tuju dari perspektif dua negara iaitu Malaysia dan Kanada, serta perkongsian pengalaman semasa penglibatan pakar-pakar EDM-TA ini di peringkat antarabangsa. Sesi libat urus memperlihatkan ruang pandang dan maklum balas yang positif, lebih meluas dan konstruktif di antara kedua-dua pihak.

Siri V: Program โ€œExpert Deployment Mechanism for Trade and Development (EDM): Sesi Libat Urus Bersama Chief Sustainability Officers (CSOs) dan Non-Governmental Organizations (NGOs) bagi Sektor Perlombongan, Pengkuarian dan Pemprosesan Mineral. [05/08].

Satu sesi libat urus yang diadakan pada 18 Januari 2024 antara JMG dan perunding Rideau Potomac Strategy Group (RPSG) daripada Kanada bersama badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kemampanan dan alam sekitar dalam membincangkan dan berkongsi pandangan serta pengalaman mengenai isu-isu alam sekitar dan biodiversiti, pembangunan dan penyertaan sumber manusia, tanggungjawab sosial dan korporat, serta pelbagai isu lain yang dihadapi oleh sektor ini.
Pandangan dan maklumbalas daripada pihak NGO yang diwakili oleh En. Raja Shazrin Shah bin Raja Ehsan Shah daripada Malaysian Association of Public Advocacy for Nature (MAPAN), Puan Hilary Kung daripada Sahabat Alam Malaysia dan En. Donovan Louis, En. Ng Sean Fong dan Cik Kristy Koh daripada Malaysian Nature Society (MNS) menjadi salah satu fokus penting yang diberikan perhatian selaras dengan Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021 โ€“ 2030 (Pelan TIM 2021 โ€“ 2030) dan komitmen Malaysia mengenai Sustainable Development Goals dan lain-lain di peringkat antarabangsa. Semoga sesi-sesi libat urus seperti ini dapat diperluas dan diperhebat di masa akan datang.

Lawatan Rasmi Delegasi daripada Belanda

Lawatan Rasmi Delegasi daripada Belanda
JMG mengalu-alukan lawatan rasmi delegasi daripada Belanda yang diketuai oleh Pn. Saskia de Smidt, Timbalan Ketua Seksyen Ekonomi Kedutaan Belanda ke Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia yang dipengerusikan oleh En. Yusari bin Basiran, Pengarah Ekonomi Mineral. Pertemuan ini menandakan langkah positif menuju kerjasama yang erat antara dua negara dalam mencapai matlamat kelestarian dan kemajuan industri mineral di Malaysia.
ย 
Diharapkan lawatan ini menjadi titik permulaan untuk kerjasama yang berterusan, dengan fokus kepada peningkatan teknologi pengekstrakan/perlombongan, pengurusan sumber mineral, dan rehabilitasi. Sinergi antara kedua-dua pihak ini akan membuka pintu kepada pertukaran pengetahuan, teknologi dan kepakaran selain memberi impak positif kepada ekonomi, menjana peluang pekerjaan dan memperkukuh kedudukan Malaysia dalam arena global industri mineral.

Siri IV: Program โ€œExpert Deployment Mechanism for Trade and Development (EDM): The Technical Assistance (TA) on Promoting Sustainable Mining Practices in Malaysiaโ€ - Sesi Libat Urus Bersama Malaysian Chamber of Mines (MCOM) dan Malaysian Quarry Associatio

Siri IV: Program โ€œExpert Deployment Mechanism for Trade and Development (EDM): The Technical Assistance (TA) on Promoting Sustainable Mining Practices in Malaysiaโ€ - Sesi Libat Urus Bersama Malaysian Chamber of Mines (MCOM) dan Malaysian Quarry Association (MQA). [04/08].

Sesi libat urus yang diadakan pada 18 Januari 2024 ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datoโ€™ Ir. Ahmad Zukni bin Ahmad Khalil, Pengarah Kanan, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG. Semasa sesi ini, pihak MCOM dan MQA masing-masing membentangkan perkembangan semasa dan inisiatif yang telah diadakan dalam membentuk persekitaran industri mineral yang mampan, selain perkongsian pandangan dan pengalaman di antara kedua-dua pihak.