Siri IV: Program “Expert Deployment Mechanism for Trade and Development (EDM): The Technical Assistance (TA) on Promoting Sustainable Mining Practices in Malaysia” - Sesi Libat Urus Bersama Malaysian Chamber of Mines (MCOM) dan Malaysian Quarry Associatio
Siri IV: Program “Expert Deployment Mechanism for Trade and Development (EDM): The Technical Assistance (TA) on Promoting Sustainable Mining Practices in Malaysia” - Sesi Libat Urus Bersama Malaysian Chamber of Mines (MCOM) dan Malaysian Quarry Association (MQA). [04/08].
Sesi libat urus yang diadakan pada 18 Januari 2024 ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ahmad Zukni bin Ahmad Khalil, Pengarah Kanan, Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG. Semasa sesi ini, pihak MCOM dan MQA masing-masing membentangkan perkembangan semasa dan inisiatif yang telah diadakan dalam membentuk persekitaran industri mineral yang mampan, selain perkongsian pandangan dan pengalaman di antara kedua-dua pihak.
LAWATAN KE MAKMAL REE UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTP)
IPOH, 17 Januari 2024: Cawangan Perkhidmatan Makmal yang diketuai oleh En. Mohd Zahar Ibrahim telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh. Tujuan lawatan adalah untuk melihat kemudahan analisis REE di UTP dan berkongsi pengalaman dan pengetahuan antara kedua-dua agensi.
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN PERANGKAAN MALAYSIA NEGERI SELANGOR KE PEJABAT PENGARAH JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN
SHAH ALAM, 12 Januari 2024 - Pengarah JMG Selangor Encik Tuan Rusli bin Tuan Mohamed telah menerima kunjungan hormat dari Jabatan Perangkaan Negeri Selangor (DOSM) yang diketuai oleh Puan Hartini binti Yaacob, Pengarah DOSM bersama-sama para pegawainya pada 12hb Januari 2024. Turut hadir bersama adalah Timbalan-Timbalan Pengarah serta beberapa Pegawai Kanan JMGSWP.
Sesi kunjungan hormat ini bertujuan untuk bertukar-tukar pandangan dan input dalam melaksanakan sesi Banci 2024 yang dirancang dengan objektif menyediakan data tentang struktur dan penyelarasan statistik semasa. Tuan Pengarah juga telah menerangkan kepada rombongan tentang peranan Jabatan serta input berkaitan statistik mineral seperti pengeluaran mineral dan bahan batuan, penggunaan bahan mineral dalam industri serta dagangan luar negara berkaitan mineral.
Jabatan mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan tersebut.