ACARA SUKAN BOWLING

ACARA SUKAN BOWLING

KOTA KINABALU, 07 DISEMBER 2017 (KHAMIS) - Kelab Kebajikan dan Rekreasi Mineral & Geosains, JMG Sabah (KEM-G) telah menganjurkan program pertandingan sukan Bowling peringkat Jabatan yang bertempat di CPS Bowling, Centre Point, Kota Kinabalu, Sabah. Penyertaan acara sukan ini terbahagi kepada Dua kumpulan iaitu Kumpulan Emerald(Hijau) dan Kumpulan Ruby(Merah). Kumpulan Emerald telah memenangi acara sukan Bowling ini.

PERTANDINGAN SUKAN DART, KAROM DAN PING PONG

PERTANDINGAN SUKAN DART, KAROM DAN PING PONG

KOTA KINABALU, 06 DISEMBER 2017 (RABU) - Kelab Kebajikan dan Rekreasi Mineral & Geosains, JMG Sabah (KEM-G) telah menganjurkan tiga program pertandingan sukan peringkat Jabatan iaitu Dart, Karom dan Ping Pong yang bertempat di Dewan Mesyuarat Nephrite, JMG Sabah. Penyertaan acara sukan ini terbahagi kepada Dua kumpulan iaitu Kumpulan Emerald dan Kumpulan Ruby. Secara keseluruhannya, kumpulan Emerald telah memenangi bagi ketiga-tiga acara sukan tersebut.