TAKLIMAT PROGRAM FIT & COOL 2018 (PROGRAM PENGURUSAN BERAT BADAN) KEPADA INSTITUSI KERAJAAN DAN SWASTA

TAKLIMAT PROGRAM FIT & COOL 2018 (PROGRAM PENGURUSAN BERAT BADAN) KEPADA INSTITUSI KERAJAAN DAN SWASTA

KOTA KINABALU, SABAH (24 JANUARI 2018) : RABU, 10.00 pagi.  Satu Taklimat daripada Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat) sedang melaksanakan Program Fit & Cool 2018 bagi menggalakan amalan gaya hidup sihat yang memfokuskan kepada pengurusan berat badan yang unggul dan pemakanan sihat.  Taklimat telah disampaikan oleh Puan Noraini Mustafa [Pengarah Perancangan Dan Penilaian Program, Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (MySihat)] bertempat di Auditorium Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Negeri Sabah.  Seramai enam puluh (60) orang daripada pelbagai agensi/organisasi telah menghadiri taklimat tersebut.  Puan Shuryanteh binti Mohd Yassin dan Puan Besty J. Adim telah hadir sebagai wakil daripada JMG Sabah.  Sekian.

Baca selanjutnya

WORKSHOP ON LOW ALTITUDE UAV PHOTOGRAMMETRY FOR ENGINEERS AND GEOSCIENTISTS

WORKSHOP ON LOW ALTITUDE UAV PHOTOGRAMMETRY FOR ENGINEERS AND GEOSCIENTISTS

PULAU PINANG (25 JANUARI 2018) : KHAMIS, Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang telah mengadakan satu bengkel selama 2 hari pada 24 dan 25 Januari 2018 bertempat di dalam kampus itu sendiri. Bengkel tersebut bertajuk "Workshop on Low Altitude UAV Photogrammetry for Engineers and  Geoscientists" yang dihadiri oleh pegawai geosains dari JMG Sabah iaitu En. Bailon Golutin.

Baca selanjutnya

Mesyuarat Aktiviti Mineral Berlogam Bil.1/2018

Mesyuarat Aktiviti Mineral Berlogam Bil.1/2018

Kota Kinabalu, Sabah : 24 Januari 2018 (Rabu) -  Mesyuarat Aktiviti Mineral Berlogam Bi.1/2018 telah diadakan pada jam 9 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Sumber Mineral, JMG Sabah. Mesyuarat dipengerusikan oleh Pn. Jenneth Cyril selaku Ketua Aktiviti Mineral Berlogam. Turut hadir dalam mesyuarat ini, En. Cleafos Totu (Pegawai Geosains), En. Mison Bin Ajum (Pegawai Geosains), En. Adyrean Edero Jingkah (Pen. Pegawai Geosains), En. Hj. Japili Samin (Pembantu Geosains), dan En. Daigo Intang (Pembantu Geosains).

Baca selanjutnya

UPACARA MEMPERINGATI MANGSA-MANGSA PERANG DI PETAGAS

UPACARA MEMPERINGATI MANGSA-MANGSA PERANG DI PETAGAS

PETAGAS, SABAH (21 JANUARI 2018) : AHAD, 7.30 pagi.  Satu Upacara Memperingati Mangsa-Mangsa Perang di Tugu Peringatan Petagas telah berlangsung bagi menghargai pengorbanan, keberanian dan kesetiaan para pahlawan kita ketika berjuang untuk mempertahankan kedaulatan tanah air yang tercinta.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Yang Berhormat Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan selaku wakil kepada YAB Ketua Menteri Sabah menjadi tetamu kehormat pada majlis ini.  YB Datuk Hjh. Zainab binti DSP Hj. Ahmad Ayib (Menteri Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna Sabah, YB Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dan Ketua Pengarah DBKK, antara yang hadir selain Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan.

Upacara yang berlangsung selama lebih kurang dua jam ini, menyaksikan upacara tabik hormat dan istiadat meletakkan karangan bunga di Tugu Peringatan.

Kakitangan JMG Sabah turut menerima jemputan untuk hadir ke upacara ini, di antaranya ialah Tuan Mohd Yusop bin Ramli (Pengarah JMG Sabah), Encik Paulus Godwin (KUGS), Encik Eddie Affandy bin Mohd Yuslee (KUPM), Dr. Frederik F. Tating (KAGK), Puan Jenneth Cyril (KA-MBL), Encik Morius Bantas (KA-EG), Puan Besty J. Adim (Pen. Juruukur), Puan Carrie Joe (Setiausaha Pejabat) dan Encik Mohd Azrol bin Mohd Hanaffi (Pemb. Operasi/Pemandu).

tugu22.01.2018 1

tugu22.01.2018 2

 

Baca selanjutnya