PROGRAM PERKONGSIAN JICA-SEDAR BAGI MEMPERKASAKAN KAPASITI PENGURANGAN RISIKO BENCANA (DRR) DEMI MENINGKATKAN KESELAMATAN DAN SEKURITI KOMUNITI DENGAN MEMAHAMI RISIKO BENCANA (SeDAR)

PROGRAM PERKONGSIAN JICA-SEDAR BAGI MEMPERKASAKAN KAPASITI PENGURANGAN RISIKO BENCANA (DRR) DEMI MENINGKATKAN KESELAMATAN DAN SEKURITI KOMUNITI DENGAN MEMAHAMI RISIKO BENCANA (SeDAR)

SELANGOR, 09 Julai 2023 -ย Sesi Perkongsian Ilmu: Taklimat berkenaan Pemantauan Pengurangan Risiko Bencana Tanah Runtuh - Mukim Hulu Langat bersama agensi-agensi teknikalย  dan Komuniti Batu 14, Hulu Langat oleh pasukan Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan yang diketuai oleh Yang Berusaha Pengarah Encik Tuan Rusli bin Tuan Mohamed.

KESKET MENCANDAT 2023

KESKET MENCANDAT 2023

Kesket Mencandat 2023 adalah salah satu program anjuran Kelab Sukan dan Kebajkan JMG Terengganu.ย Saban tahun bermula Bulan April hingga Julai adalah musim mencandat bagi nelayan dan pemain industri laut di Terengganu.ย Tahniah kepada ahli kesket yang berjaya merealisasikan Kesket Mencandat 2023, pada 6 Julai yang lalu

Sesi Pemindahan Teknologi (Training of Trainers - TOT) Projek Pembangunan MINGEOGIS

Sesi Pemindahan Teknologi (Training of Trainers - TOT) Projek Pembangunan MINGEOGIS
Sesi Pemindahan Teknologi (Training of Trainers -TOT) Projek Pembangunan MINGEOGIS sedang dijalankan pada 10 hingga 14 Julai 2023.
Seramai 15 orang kakitangan JMG menghadiri program ini yang bertujuan untuk memberi latihan kepada peserta bagi memastikan mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan dan pentadbiran sistem yang telah dibangunkan.
Peserta akan turut diberikan pendedahan kepada elemen konfigurasi sistem, pangkalan data dan pembangunan aplikasi.

SESI PERJUMPAAN BAGI PERBINCANGAN KERJASAMA ANTARA JMG DAN JABATAN GEOLOGI, UNIVERSITI MALAYA

SESI PERJUMPAAN BAGI PERBINCANGAN KERJASAMA ANTARA JMG DAN JABATAN GEOLOGI, UNIVERSITI MALAYA
SESI PERJUMPAAN BAGI PERBINCANGAN KERJASAMA ANTARA JMG DAN JABATAN GEOLOGI, UNIVERSITI MALAYA
๐Ÿ“Jabatan Geologi, Universiti Malaya (UM)
๐Ÿ“† 11 Julai 2023
Sesi perjumpaan dan mesyuarat bagi membincangkan kerjasama dua hala antara kedua belah pihak telah dijalankan.
JMG telah diwakili oleh
wakil pihak Pengurusan JMG dan Unit Komunikasi Korporat, manakala pihak UM telah diketuai oleh Ketua Jabatan Geologi, UM dan disertai oleh para pensyarah serta wakil dari Bahagian Pentadbiran.
Pertemuan adalah dalam suasana yang santai namun telah membuahkan beberapa cadangan awal untuk tujuan tersebut.
Terimakasih kepada pihak Jabatan Geologi, Universiti Malaya yang menjemput JMG ke pertemuan ini dan semoga ianya akan menghasilkan hubungan yang lebih erat.