KOTA KINABALU, SABAH (05 JANUANRI 2018) : ISNIN, Warga JMG Sabah mengucapkan setinggi Tahniah buat pengarah JMG Sabah En. Mohd. Yusop bin Ramli diatas perlantikan beliau sebagai Pengarah Galian Sabah di bawah Akta Pembangunan Mineral 1994.
TINJAUAN LOKASI HARI KELUARGA KEM-G JMG SABAH 2018
KOTA KINABALU, SABAH (2 FEBRUARI 2018) : JUMAAT, Jam 9.00 pagi Ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan & Rekreasi (KEM-G) JMG Sabah telah membuat satu tinjauan lokasi berkaitan sambutan Hari Keluarga KEM-G JMG Sabah. AJK KEM-G sebulat suara memilih lokasi untuk Hari Keluarga tersebut di Tanjung Lipat, Likas, Kota Kinabalu.
Mesyuarat Unit Sumber Mineral Bil.1/2018
KOTA KINABALU, SABAH - 2 Feb 2018 (Jumaat) : Mesyuarat Unit Sumber Mineral Bil.1/2018 telah diadakan pada jam 9 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama (BMU), Jabatan Mineral & Geosains Malaysia, Sabah.
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM PERASMIAN TELAGA TIUB DI KG. TIMBANG DAYANG DAN KG. DUDAR KOTA BELUD
KOTA BELUD, SABAH (01 FEBRUARI 2018) : KHAMIS, sekitar jam 2.30 petang di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kota Belud, satu mesyuarat berkaitan Penyelarasan Program Perasmian Telaga Tiub di Kampung Timbang Dayang dan Kampung Dudar, Kota Belud. Mesyuarat ini antara JMG Sabah, Pejabat Daerah Kota Belud dan pihak-pihak yang terlibat seperti anggota keselamatan.
TAHNIAH BUAT KETUA PENGARAH JMG MALAYSIA
KOTA KINABALU, SABAH (1 FEBRUARI 2018) : KHAMIS, Warga JMG Sabah mengucapkan setinggi Tahniah buat Ketua Pengarah JMG Malaysia Datuk Shahar Effendi bin Abdullah Azizi atas pengurniaan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Wilayah pada hari ini.