Bengkel Pelupusan Rekod Awam, Ibu Pejabat, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Tahun 2023

Bengkel Pelupusan Rekod Awam, Ibu Pejabat, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Tahun 2023
Sedang berlansung Bengkel Pelupusan Rekod Awam, Ibu Pejabat, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Tahun 2023.
Bengkel ini akan memberi pendedahan kepada peserta yang terlibat mengenai tatacara dan prosedur diperlukan dalam melupuskan dokumen rasmi jabatan. Bengkel diadakan selama dua hari bertempat di Bilik Mesyuarat Garnet, Aras 8. anjuran Unit Khidmat Pengurusan JMG dengan kerjasama Unit Pembangunan Modal Insan JMG.

BENGKEL PENYEDIAAN DOKUMEN SEBUTHARGA PROJEK KAJIAN POTENSI MINERAL STATEGIK (MST) KE ARAH PENGURUSAN YANG MAMPAN DAN LAWATAN KERJA KE KAWASAN PROJEK PERINTIS PERLOMBONGAN NR-REE DI MUKIM KERUNAI, DAERAH GERIK.

BENGKEL PENYEDIAAN DOKUMEN SEBUTHARGA PROJEK KAJIAN POTENSI MINERAL STATEGIK (MST) KE ARAH PENGURUSAN YANG MAMPAN DAN LAWATAN KERJA KE KAWASAN PROJEK PERINTIS PERLOMBONGAN NR-REE DI MUKIM KERUNAI, DAERAH GERIK.

06-09 Jun 2023 (Isnin-Jumaat) : Satu bengkel anjuran Unit Sumber Mineral, JMG Perak telah diadakan di Hotel Casuarina, Kuala Kangsar, Perak mengenai penyediaan dokumen sebutharga projek MST. Bengkel tersebut telah dipengerusikan oleh En. Mahat Bin Sibon, Timbalan Pengarah Sumber Mineral serta dirasmikan oleh YBhg. Datoโ€™ Ir Ahmad Zukni bin Ahmad Khalil, Pengarah JMG Perak.

Baca selanjutnya

Lawatan Teknikal Delegasi dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)

Lawatan Teknikal Delegasi dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH)
IPOH, 30 MEI - Delegasi dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) telah mengadakan lawatan teknikal ke Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) pada hari ini.
ย 
Lawatan ini diadakan bersempena dengan Persidangan Pengarah dan Penilai Daerah ke-83 JPPH yang diadakan di Ipoh, Perak. Ketibaan delegasi dari JPPH diketuai oleh YBrs Sr. Abdul Razak bin Yusak, Ketua Pengarah JPPH.
ย 
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM) PPM, YBrs Dr. Ismail bin Ibrahim. Para delegasi telah diberi taklimat berkenaan PPM oleh Pegawai Penyelidik, Cik Norinsafrina binti Mustaffa Kamal.
ย 
Delegasi kemudiannya dibawa melawat ke Galeri Penyelidikan dan Ruang Pameran Terbuka PPM sebelum mereka meneruskan lawatan ke Muzium Geologi.
ย 
Turut hadir dalam lawatan ini ialah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (Operasi) YBrs Sr. Rosni Nawati Binti Ngah.
ย 
ย