KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JMG KELANTAN YANG BARU DENGAN DATO' SUK

27 November 2013 bersamaan 23 Muharram 1435H, Pengarah JMG Kelantan Tuan Haji Che Abdul Rahman Jaafar, En. Mohamed Hizam Bin Abdul Kadir TP(L&K),  dan En. Ab. Rashid Bin Ahmad TP (Geosains) telah membuat satu kunjungan hormat bersama Dato' SUK Negeri Kelantan YB Dato' Dr. Zainuddin Bin Hj. Ibrahim bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan.

Baca selanjutnya

Lawatan Peserta '6th International Workshop On The Fluvial Sediment Supply To The South China Sea'

IPOH, 28 November 2013: Pada hari ini, Bahagian Perkhidmatan Teknikal telah menerima kunjungan peserta-peserta '6th International Workshop On The Fluvial Sediment Supply To The South China Sea'. Peserta-peserta lawatan telah dibawa untuk makan tengahari di Hotel Kinta Riverfront, Ipoh.

Baca selanjutnya

Tengku Panglima Diraja Selangor Ketuai 407 Penerima Anugerah Kebesaran Johor

MUAR : Tengku Panglima Diraja Selangor Tengku Sulaiman Shah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mengetuai senarai 407 penerima anugerah darjah kebesaran dan pingat sempena ulang tahun ke-55 Hari Keputeraan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. Beliau dikurniakan Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati Pangkat Pertama (DKI).

Baca selanjutnya

Pengurniaan Darjah Setia Mahkota Johor (SMJ) kepada Pengarah JMG Johor oleh DYMM Sultan Johor

Muar, 23 November 2013 - Sempena Menyambut Ulangtahun Keputeraan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar ke-55, Pengarah JMG Johor Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi telah dikurniakan oleh  DYMM Baginda Tuanku dengan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Ketiga Setia Mahkota Johor (S.M.J) di dalam  Istiadat penganugerahan darjah kebesaran dan pingat yang telah diadakan di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar, Johor.