Hari Keluarga KSKK JMG Johor 2014

Melaka, 18 Januari 2014 -  Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan (KSKK) JMG Johor telah berjaya menganjurkan Hari Keluarga KSKK JMG Johor 2014 bertempat di Bayou Lagoon Park Resort , Bukit Katil, Melaka pada 18 dan 19 Januari 2014. Seramai 112 orang kakitangan dan keluarga JMG Johor berkumpul sebagai satu keluarga besar bagi menjayakan hari keluarga ini. Pelbagai acara telah disusun agar semua warga JMG Johor dan keluarga dapat mengeratkan lagi ukhuwah antara satu dengan yang lain. Tahniah kepada KSKK JMG Johor kerana telah berjaya menganjurkan Hari Keluarga JMG Johor ini.

 

Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 1435H / 2014M

Johor Bahru, 14 Januari 2014 – Pada hari Selasa bersamaan 12 Rabiulawal 1435H telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Daerah Johor Bahru Tahun 1435H / 2014M di Masjid Sultan Abu Bakar.  Pengarah JMG Johor Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi bersama beberapa staf JMG Johor telah turut serta dalam majlis perarakan sempena sambutan tersebut. Perarakan telah dimulakan dari Perkarangan Bangunan Sultan Ibrahim, Jalan Bukit Timbalan ke Masjid Sultan Abu Bakar melalui jalan-jalan Bandaraya.  Majlis sambutan diserikan lagi dengan keberangkatan tiba YAM Tunku Abdul Rahman ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor.

 

JMGKPP anjur bengkel aplikasi geologi lapangan kepada kakitangan

SIK, 22 November 2013 - JMGKPP telah berjaya menganjurkan Bengkel Kaedah Lapangan dan Aplikasi Data Geologi untuk Pegawai dan Pembantu Geosains jabatan ini.

Program yang berlangsung di Bendang Man Resort, Sik ini berlangsung selama 4 hari ini dihadiri semua pegawai dan kakitangan teknikal jabatan.

Objektif program ini ialah untuk memberi pendedahan praktikal kepada semua kakitangan berkaitan tugas-tugas teknikal di pejabat dan di lapangan, merangkumi kajian sumber mineral berlogam dan mineral perindustrian, persampelan geokimia, pemetaan cerun, ulasan guna tanah, pembebeasan mineral dan OSC serta pemetaan geologi di lapangan.

Turut dilaksanakan ialah aktiviti lawatan tapak permohonan kuari dan penyediaan ulasan berkaitan yang dikelolakan oleh Unit Lombong dan Kuari.

Semua staf dan kakitangan teknikal yang hadir berpeluang mempelajari segala teknik dan tugas-tugas teknikal utama yang sebelum ini bukan tugasan harian mereka.