Persijilan MS ISO 9001: 2008 Perkhidmatan Ujian Batu Dimensi PPM Berjaya

iso4Audit Pengawasan (Surveillance Audit) telah dijalankan pada 12 Disember 2013 di Unit Batu Dimensi bagi pengekalan persijilan MS ISO 9001: 2008. Audit ini telah dilakukan oleh pihak SIRIM melalui auditornya Puan Meena Regawan. Hasildaripada audit ini, Unit Batu Dimensi berjaya mengekalkan persijilan MS ISO 9001: 2008 bagi perkhidmatan Ujian Batu Dimensi dengan jayanya.

Baca selanjutnya

Majlis Perhimpunan Bulanan & Sambutan Hari Inovasi 2013

11-12 Disember 2013, Majlis perhimpunan bulanan dan sambutan hari inovasi telah diadakan di Jabatan Mineral Dan Geosains Negeri Sembilan Dan Melaka.Majlis tersebut telah berlangsung selama dua hari yang melibatkan pelbagai aktiviti iaitu pertandingan Kumpulan Kreatif dan Inovasi (KIK), persembahan koir, jemputan luar dari Geo-solution Resources Sdn. Bhd. dan Penyampaian Anugerah Pekerja Terpilih 2013 dengan slogan 'Budaya Inovasi Pemacu Transformasi Tekini'.

Baca selanjutnya

Sambutan 10 Muharram 1435 H

Hari bersilih ganti dan dengan takdir yang Maha Esa, kita telah ditemukan sekali lagi dengan hari 10 Muharram. Hari 10 Muharram merupakan antara hari kebesaran dalam kalendar umat islam kerana terjadinya beberapa peristiwa penting yang menunjukkan kebesaran Allah S.W.T. Pada tahun 2013, 10 Muharram 1435 Hijrah jatuh pada 14 November. Di Malaysia, sambutan 10 Muharram sangat sinonim dengan bubur asyura sehinggakan ada yang tidak menyedari tradisi menyediakan bubur asyura sebenarnya adalah untuk meraikan hari 10 Muharram. Bagi umat islam di Malaysia, tidak lengkap rasanya sambutan Hari Asyura jika tidak bergotong royong memasak bubur asyura.

Baca selanjutnya