Kursus Pemantapan Rakan AKRAB JMG 2014

DSC 0185 Small

Kursus Pemantapan Rakan AKRAB JMG 2014 telah dianjurkan dengan jayanya oleh Unit Pembangunan Sumber Manusia, Ibu Pejabat pada 17 – 19 Februari 2014 bertempat di Suria Cherating Beach Resort, Cherating. Kursus telah dihadiri oleh 32 Rakan AKRAB JMG. Penceramah jemputan Dr. Amran bin Hassan (Pegawai Psikologi Kanan NRE) turut berkongsi ilmu beliau kepada peserta.

Baca selanjutnya

Lawatan Timbalan Ketua Pengarah ( Operasi ) Ke JMG NSM

24 Feb 2014,Isnin - Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, Negeri Sembilan dan Melaka telah menerima  kehadiran Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) iaitu Tn. Hj. Mustapha Bin Mohd Lip sempena Taklimat Perlesenan Lesen  Bijih Mineral dan Penyerahan  MOL  kepada pemegang- pemegang lesen.

Dikesempatan ini, satu sesi perjumpaan antara TKPO dan kakitangan JMG NSM telah diadakan dan beliau telah dapat berkenalan dengan kakitangan JMG NSM serta dapat bertemu bual dan beramah mesra dengan semua kakitangan disini.

Kami sebagai warga JMG NSM mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian beliau meluangkan masa bersama kami dan kedatangan TKPO pada masa akan datang ke JMG NSM adalah amat dialu-alukan.

Laporan Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Februari 2014

page

Majlis Perhimpunan Bulanan Februari 2014 Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah diadakan di Bilik Mesyuarat Nilam, Lantai 22, Bangunan Tabung Haji, Kuala Lumpur pada 28 Februari 2014. Majlis Perhimpunan bulanan ini dimulakan dengan nyanyian beramai-ramai Lagu NegaraKu. Pembacaan Ikrar Perkhidmatan Awam telah dipimpin oleh En. Mat Wadi bin Ab Satar dari Unit Lombong dan Kuari, Cawangan Penyelarasan Pelaksanaan Operasi, sementara pembacaan doa telah dipimpin oleh En. Husin bin Nasir juga dari Unit Lombong dan Kuari, Cawangan Penyelarasan Pelaksanaan Operasi.

Baca selanjutnya