KOTA KINABALU, SABAH (09 MAC 2018) : JUMAAT, satu mesyuarat tergempar diadakan di Bilik Mesyuarat Magnetite, Tingkat 3, Blok Jesselton, JMG Sabah pada jam 8.30 pagi. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Paulius Godwin, Ketua Unit Geosains.
TAKLIMAT ICT ArcGIS
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN (08 MAC 2018) : KHAMIS, satu taklimat ICT berkaitan dengan ArcGIs telah diadakan di Bilik Mesyuarat Palm Seremban Hotel sekitar jam 9.00 pagi.
PEPERIKSAAN PEMBEDIL AMALI BIL. 1/2018 (SESI LAPANGAN) DI KUARI HSBMSB JESSELTON HILL PADA 7 MAC 2018.
KOTA KINABALU, SABAH (07 MAC 2018) : RABU, Peperiksaan Pembedil Amali Bil. 1/2018 (Sesi Lapangan) dijalankan di Kuari HSBMSB Jesselton Hill, Telipok, Sabah pada 7 Mac 2018. Seramai tiga orang calon telah menghadiri sesi lapangan ini. Pemilihan tapak dan kuari untuk peperiksaan ini adalah atas inisiatif calon-calon peperiksaan itu sendiri.
MESYUARAT PENYELARASAN PERPUSTAKAAN JABATAN (MPPJ) BIL 1/2018
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN (07 MAC 2018) : RABU, Mesyuarat Penyelarasan Perpustakaan Jabatan (MPPJ) Bil. 1/2018 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Palm Seremban Hotel sekitar jam 8.00 malam dan berakhir sekitar jam 12.00 tengah malam.
SEMINAR MEMPERKUKUH EKONOMI DIGITAL SABAH
TANJUNG ARU, SABAH (07 MARCH 2018) : RABU, Lebih 1000 peserta telah hadir ke seminar “Championing Sabah’s Digital Economy” bertempat di Shangri La’s Tanjung Aru And SPA, Kota Kinabalu, Sabah yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah.
Gambaran keseluruhan seminar; Ekonomi digital permeaters semua aspek masyarakat, termasuk cara orang berinteraksi, landskap ekonomi dan kemahiran yang diperlukan untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Dengan teknologi digital yang semakin berkembang membuka peluang melimpah ruah sebagai perniagaan berkembang di peringkat global. Seminar ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS/SMEs) di Sabah untuk kekal berdaya saing dan berjaya dalam persekitaran perniagaan yang mencabar.
Majlis Perasmian dan Pelancaran Seminar serta Platform eCommerce “BORNEO KAKI” telah disempurnakan oleh Y.A.B Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Negeri Sabah.
Sehubungan itu, sebanyak 6 sesi forum dan perkongsian dari pelbagai agensi telah melengkapkan dan membuka minda para peserta mengenai perkembangan perniagaan secara digital pada masa ini dan masa hadapan.
Pihak penganjur juga telah menyelitkan sebanyak 19 cabutan bertuah yang menarik untuk dimenangi seperti Dron dan Handphone. Tahniah diucapkan kepada Pelajar Latihan Industri JMG Sabah, Cik Norven binti Razali (Diploma Networking, Politeknik Kuching) kerana bertuah menjadi salah seorang yang memenangi cabutan bertuah tersebut. Turut hadir mewakili JMG Sabah Puan Besty J. Adim (Penolong Juruukur, Unit Pengurusan Maklumat).